amyz azlie, wedding-story

Jalan-Jalan Cari Baju

Risik ini, mak B nak hadiahkan sepasang baju. Wah. Best! Dapat cincin. Dapat baju lagi~ Hihi. Bila tanya B, kenapa nak kasi baju. B jawab. Entah Mak. Sayang sangat kat menantu dia ni. Hihi. 😉

Cari-cari baju di KT, semalam. Seronok tengok baju-baju. Tapi banyak sangat. Pening juga nak pilih. B pula terbeliak mata tengok harga tudung yang berbatu-batu besar tu cecah RM200++. Beli processor, hard-disk lagi bagus, kata B. Hahaha.

Ada juga jumpa yang berkenan. Tapi entahlah. Tak ada hati nak beli. Rasa macam ada je benda tak kena.

Then B suggest untuk beli baju nikah terus. Rasa macam ok juga. Tak payah beli baju dua-tiga kali. Sekali beli je. Senang.

Tapi, tak adil pula beli baju nikah I je. Baju nikah B tak ada. Ok. Next week adalah pencarian baju nikah. Tinggal seminggu saja lagi ni. 🙂 Berdebarnya~

Advertisements