To Do

1. Tempahan pakej perkahwinan.
2. Tempahan fotografi.
3. Tempahan kad jemputan.

4. Isi borang-borang untuk dihantar waktu cuti raya nanti.
5. Buat ujian darah dalam masa bulan puasa ni.
6. Beli kasut nikah.
7. Beli baju untuk khatam Qur ‘An.

Goodies utk kawan-kawan & kumpulan marhaban : Minta Kak Long & Kak Ngah uruskan. I tak sempat nak buat semua.

Aturcaranya:

Nikah : 12hb Disember. Ayah kata nak buat nikah petang. Tapi malam nak buat bunga api. Tak kan B nak datang dua kali. Waktu nikah, dengan waktu malam. Buat sekali je lah kan, senang? Nikah pukul 8pm. Lepas nikah, hah, pasanglah bunga api. Ok kan?

Resepsi : 13hb Disember. Mak kata, kedatangan pengantin pukul 12:30pm. Sebab kalau tunggu lepas Zuhur macam lambat sangat. Orang boring tunggu nanti.

Kak Ngah tanya tentang perarakan pengantin dengan kereta & motorsikal antik. Nak buat macam mana ye? Kak Ngah suggest, pengantin lelaki sampai, arak dengan kereta sampai depan rumah. Kemudian pengantin perempuan keluar pegi kat pengantin lelaki. Kemudian ambil gambar je kat depan rumah, dengan motor & kereta di susun cantik-cantik. Then masuk dalam bersanding. Ok tak? I tak kisah sangatlah. Janji perjalanan majlis smooth dan teratur serta tak kelam kabut. By time pengantin makan, mesti makan. Kalau tidak, kesian kat family dari Johor nanti.

Kalau pengantin sampai pukul 12:30pm. By 1:30pm, pengantin & family dari Johor mesti makan. Jangan lebih. Nanti lapar pula rombongan pengantin.

Phewww..!! Hectic juga nak kahwin ni kan? πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “To Do”

Comments are closed.