Bahagi Tugas

Hahaha. Macam apa je bunyi tajuk.

Cuti pertengahan semester yang lepas full dengan diskusi dengan adik-beradik untuk majlis resepsi. Antara yang menjadi isu, pakej perkahwinan, pakej fotografi dan goodies bag.

Kak Ngah suruh ambil pakej perkahwinan yang siap dengan tukar-tukar baju segala. Duh! Adik pun cakap macam tu jugak. Diorang kata, sekali seumur hidup. Adeh~ Penat makcik!

Hari tu dah decide nak ambil pakej perkahwinan yang ada tukar baju 2x. Lepas tu I kensel sebab tak cukup bajet oke! Duh! Amik pakej basic je. Pelamin. Baju Sanding. Makeup & Aksesori. Cukup la tu. Tu pun dekat 1.5K~ Huhuhu.

So, bila pakej kahwin dah mahal, terpaksa kurangkan bajet untuk pakej fotografi. Sedang mencari-cari. Tak dapat nak ambil Ijat sebab bajet tak cukup. Bukan tak mahu. Tapi bajet betul-betul tak cukup. Huhu. Tak mahula susah-susahkan Ijat, nak minta-minta diskaun semua. Kesian kat orang buat bisnes. Kan?

Nett suggest tilotama. Tapi tadi I dah call, dia cakap ada 3 wedding on that day. So, dia cakap nak bagi decision petang ni. Huhu. Kalau tak dapat, terpaksa mencari lagi. Takpe. Bab fotografi, minta tolong Nett surveykan. πŸ˜‰

Goodies bag – untuk tetamu VIP – adalah untuk kawan-kawan rapat, family dari sebelah Pengantin Lelaki dan kumpulan marhaban mak. Dah suruh Kak Ngah buatkan. Akan dibantu oleh Lyn (Adik ipar) dan Kak Long. Kak Teh cari bunga telur untuk diletakkan di pahar dekat pelamin nanti.

Hiasan bilik tidur pula, Kak Ila nak tolong buatkan. Dia cakap buat simple je. Since dia ada pengalaman, so I bagilah dia buatkan hiasan bilik tidur. Untuk hiasan hantaran pun, I beri Kak Ila buat. Nanti bagi duit nak beli barang-barang hiasan. Masa raya nak hantar barang-barang hantaran untuk dia buatkan. At least, Kak Ila ada banyak masa untuk cari idea nak buat hantaran before hari nikah nanti.

Kad Jemputan pula, tengah design. Kalau dapat 50sen sekeping, ingat nak minta Cik Daun hantar printing tempat sama Cik Daun print kad jemputan dia dulu. 500 keping oke la kan?

Baju Khatam Qur’an, Kak Ila nak bagi pinjam baju nikah dia yang kebetulan sama saiz dengan I. Alhamdulillah~ Tak payah nak beli baju lagi. Tak larat I nak mencari baju. Boleh juga pakai baju tu masa bertandang nanti. Baju tu cantik. I dah pernah tengok. Warna cream. Simple kan? πŸ™‚

Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Insya Allah. Amin~

TO DO : Jumaat ni, 29/8. Buat Ujian HIV.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.