Kad Jemputan

Hari ni encik miecreation dah hantar kad jemputan untuk diprint.

Hal kad jemputan ni pun satu perkara yang hectic juga. Memandangkan jarak jauh menyebabkan kadang-kadang abg mie confuse dengan apa yang aku nak. Sebab kami cuma berhubung melalui email semata-mata.

Hantar design kad thru email. Kemudian abg mie touch up sikit, trace peta, hantar balik kat aku. Aku kompemkan lagi.

Cabarannya ialah, broadband yang slow ini menyebabkan aku kadang tak dapat nak upload/download attachment kepada/dari abg mie.

Banyak kali juga proses ini berlaku. Attach hantar, download attachment. Ferrr.. Sabar sajalah~ Belum kira, tak dapat attach, attachment corrupt, tak boleh download. Aduhhhlah~

Kemudiannya, bajet kad sudah lari sedikit dari bajet asal. Tetapi malam tadi juga buat kira-kira, nasib baik masih dalam bajet. Fuh!!

Lagi. Asalnya nak print 500pcs. Tetapi memandangkan kak ngah, kak long & adik-adik minta kad nak beri kat kawan-kawan, kenalah print lebih. 1000pcs. Tak cukup juga tak tahu lah~

Insya Allah. Minggu depan siap.

Moga-moga dipermudahkan. Amin. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.