Jemput Kawan-Kawan

Saya mula menghantar sms kepada kawan-kawan untuk mendapatkan alamat bagi memudahkan saya menghantar kad jemputan~ Kad yang saya bawa ke sini hanya 100. Sampai di KL saya akan hantar lagi kepada kawan-kawan.

Alhamdullilah. Ramai yang reply dengan ucapan tahniah. Walaupun ada satu-dua sms yang menjengkelkan, tapi – biarlah. Saya tidak kisah. Janji saya jemput semua. Esok jangan nak komplen-komplen cakap saya tak jemput.

Yang buat saya terharu, dan rasa mahu menangis. Bila Fara Esa, kawan baik saya sekolah menengah terus menelefon saya sejurus mendapat sms. Dia hilang nombor telefon saya. Jadi dia tak dapat nak contact. Suaranya sangat happy bila tau saya nak kahwin. Gembira dengan berita ini. Balik KL nanti, saya akan jumpa dia. πŸ™‚

Mana-mana kawan yang saya belum mesej itu, saya mahu sampaikan kad itu sendiri. Bukan encik postman. Jika saya sempat menyampaikannyalah. Jika tidak, saya terpaksa minta alamat untuk urusan pos.

Memang. Part yang paling leceh, part menjemput. Macam-macam nak kena jawab. Penat tau! Dapat orang manalah. Bilalah. Jemput tak kawan tu, kawan ni. Tak apalah. Jawab saja dengan baik.

Nampak gaya. Setem kena beli lagi~ Huhu.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.