Things Bride Must Do.

Facial – untuk menanggalkan sel kulit mati, menggebukan kulit dan menjadikan lebih licin. Bagi memudahkan solekan dibuat.

Lulur – untuk menanggalkan sel kulit mati, melembut & menghaluskan kulit badan. Menanggalkan daki lama. Memutihkan badan. Bagi menampakkan pengantin lebih berseri dari orang lain.

Sauna – Membuang sisa toksik melalui peluh. Membakar lemak berlebihan. Menjadikan badan lebih segar.

Tadi pergi Spa Mustika Ratu. Harga tak mahal sangatlah. Sesuai dengan bajet. Buat lulur, body mask dengan mandi susu. Fresh sangat rasa badan ni. Cuma bau lulur masih tidak hilang. Kalau buat dekat-derkat tarikh langsung, mau kena tidur luar. Sebab bau lulur bau rempah. Tak tahan hidung B nanti. Haha.

Beautician tu ada beritahu, seeloknya lulur ni 2 minggu sebelum majlis. I buat lagi seminggu. Haha. Suka-suki je. Biarlah. Janji kulitku berseri-seri. Sangat keji statement tersebut.

Sebab tadi pergi dah petang sangat, so tak dapat buat facial. Esok buat facial. Kulit muka ni macam ada bintik-bintik timbul. Risau rasanya. Sebab tu nak buat facial. Biar buang semua sel kulit mati. Lagipun I dah lama tak buat facial. Lebih 3 bulan rasanya. Kulit muka macam I ni, memang kena buat facial at least sebulan sekali. Tapi tengok bajet la. Kalau ada, pergi. Kalau tak ada, diam-diam aje lah.

Selalunya, I make sure dalam masa 3 bulan mesti ada buat facial sekali. Masa kerja dululah. Bila dah belajar ni, selalu saja tak sempat-sempat. Huhu.

Lulur dah, body mask dah, mandi susu dah – esok nak buat facial & sauna sekali. Best buat sauna. Bila semua peluh keluar, ringan saja badan. Best.

Tapi, lepas tu mesti rasa lapar. Huhuhu.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.