amyz azlie, wedding-story

Perasaan

Orang rajin tanya akhir-akhir ini,

Apakah perasaan dekat-dekat nak kahwin ni?

Memula rasa kelakar. Sebab tak sangka dah nak kahwin.
Kemudian rasa nervous.
Tapi selebihnya rasa happy – sebab dapat bersama dengan orang yang I sayang for rest of my life. Yang boleh jaga I. Yang baik. Yang sweet. 🙂
Ada sedikit rasa risau itu ini. Takut itu ini. Takut majlis ada kekurangan. Takut tak dapat puaskan hati semua orang.

Persiapan tu, sedang buat goodies bag. Cik Puan Daun nasihatkan buat saja yang termampu. Kalau tak cukup tu nak buat macam mana. Orang datang nak tengok I kahwin, bukan sebab nak goodies bag. Sedikit sebanyak legakan I dari risau tak tentu pasal.

Since hantaran Kak Ila sedang buat, sebab tu I rasa rilex banyak jugalah. Sebab dah serahkan part gubah-menggubah ini pada yang pakar.

Tilam belum beli lagi. Mungkin esok atau lusa.

Tadi cari baju untuk 2 orang anak buah I yang nakal tu. Atiya & Yana. Ingat nak cari gaun putih dan bunga merah. Tak ada. Yang ada gaun merah. Maka bergayalah mereka dengan gaun merah dan cekak merah serta sepit merah di hari bersejarah nanti. Hehehe. Biarlah Tiya & Yana rasa cantik juga hari tu. 🙂

Perasaan yang sebenarnya, adalah happy~ Sangat happy. 🙂

Dah la dua tiga menjak ni, di TV asyik tengok cerita kahwin. Last week tengok I Do (But I Don’t), semalam The Bachelor, ada lagi satu movie tu – lupa tajuk. Tapi pasal kahwin jugalah.

Masa paderi nak tanya both bride and groom, “do you bla.. bla.. bla..” tu, selalu buat air mata ni nak menitik jatuh. Huhu~ Sebak, emosi, terharu, gembira bercampur dalam hati.

Hiiii.. Benci betul la emo-emo ni! 😦

Advertisements