amyz azlie, wedding-story

Persiapan Yang Tak Siap-Siap

Since Kak Ila dah duduk kat Putrajaya. Susah nak suruh dia datang rumah untuk buat katil pengantin. End up buat sendiri. Kelmarin, Sabtu. Jumpa Kak Ila untuk ambil hantaran yang dah siap dan beli kain untuk jadikan tirai simple belakang katil pengantin.

Sirih junjung pun tempah juga. Biarlah nampak elok sikit. Sebab kalau buat sendiri, jadi huru-hara. Baik tempah.

Cari hamper cabutan bertuah untuk penanggah. 🙂 Macam-macam kan? Tapi tak jumpa. Nak kena cari tempat lain.

Lagi~

Pelamin akan dipasang hari Khamis.

Oh. Masa nikah diawalkan ke pukul 3 petang. Sebab Pendaftar Nikah kena nikahkan orang lain di tempat lain pukul 5 juga. 2 tempat pula tu. Ceh! Agak tensi juga sebab dah booking awal, boleh pula dia pergi buat janji dengan orang lain. Duh!!

Esok, pergi ambil alas dulang hantaran. Sewa kat orang. Murah jugala. Esok juga nak pergi beli bunga hiasan nak letak di katil. Artificial flower saja~

Langsir dah pasang. Katil pengantin akan disiapkan hari Rabu atau Khamis. Insya Allah.

Ya ampun~ Tinggal 4 hari saja lagi ni…

Advertisements