Hari Ini Hari Terakhir

Esok, nikah pukul 3 ptg. Moga-moga dipermudahkan. Amin.

Dua-tiga hari ini memang busy buat persiapan. Tambahan internet slow sangat. Tak dapat nak update sangat. Nak buka email pun payah.

Check List:
-> Alas dulang yang hendak disewa sudah diambil.
-> Bunga katil pengantin dah tempah. Kena ambil hari ini, kejab lagi. Petang sedikit.
-> Hantaran dah siap semuanya dan sudah diambil di rumah Kak Ila semalam. Kecuali sirih junjung yang ditempah. Esok siap. Ambil pukul 10 pagi.

Semalam. Malam. Pukul 9. Orang pasang pelamin datang. I keluar pergi ambil hantaran di rumah kak Ila pula tu. Sampai rumah, dah siap pelamin. Hari ini, orang tu datang lagi buat pintu gerbang dan decorate pelamin sedikit lagi. Tempat merenjis pun diberi sekali.

Hari ini, di luar tu, orang sedang sibuk-sibuk pasang khemah.

Hari ini, I nak siapkan katil pengantin. Waaa.. Semalam last tido di atas katil. Malam ni & esok tak leh tido dah. Lepas malam sabtu baru boleh tido atas katil dengan cadar yang cantik ni. Huhuhu..

Ok. Nak buat kerja. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.