Dah Sebulan Lebih

Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan baik, dan berjalan lancar. Tanpa ada halangan. Kecuali masa nikah, Encik Azlie lambat sedikit sebab kesesakan jalan raya.

Ok. Ini cerita tentang kejadian hari pernikahan.

Berdebar sangat tunggu dia masa tu. Sejuk kaki dan tangan tak ingat. Takut sangat. Ayah pula dapat berita sepupu dia meninggal, ayah pun rasa berdebar-debar bila Encik Azlie dan famili lewat.

Masa tu, I tak mahu mesej-mesej B suruh datang cepat-cepat ke, apa ke. Sebab tak mahu ada sebarang tekanan di sini. Tak mahu nanti B rasa tertekan, tension dan sebagainya. I tau B dah cukup risau dah tu, sebab B memang menepati masa. Kalau dia lewat, mesti ada something.

Bila B dah sampai dengan famili, I dengar kat luar, ayah dan mak ucap, alhamdulillah berkali-kali. Leganya masa tu. Then berdebar-debar tunggu waktu nikah pula.

Lama betul mukadimah dan khutbah nikah. B tunduk sepanjang waktu itu. Hihi. Comel sangat tengok B waktu tu. Smart dengan baju melayu cekak musang, tapi dia pakai samping didalam ala johor. Tau lah orang johor. :-p

Waktu dinikahkan, I tengok B dengan yakin sambut tangan Tok Kadi. Dia sebut akad itu jelas. Cuma salah ‘nya’ di kali pertama. Di kali kedua, B sekali lagi menyebut dengan jelas. Dan selepas itu, sahlah B dan I menjadi suami isteri.

Sewaktu menyerahkan mas kahwin, B kena ucap, “Ini mas kahwin yang diwajibkan ke atas Amy dari saya” Hihi. I nak cakap terima pun rasa gagap-gagap. Tetiba nervous. Silly me. Hihi.

Then sarung cincin. Lepas sarung cincin, I cium tangan B. Cameraman suruh cium dahi, B selamba cakap, tak payah laa~ Haha. I rasa nak gelak je masa tu. Tapi cium juga. For sake nak ambil gambar. Huhu.

Part yang paling syahdu adalah bersalaman dengan mak, ayah, mak B, family B. Dan I memang tak boleh tahan air mata bila salam dan peluk ayah. Ayah pun menangis sama. Rasa macam syahdu sangat-sangat. Then salam dengan mak. Salam dengan mak B. Sama-sama nangis gak. Salam dengan Kakak, Kak Yati, Kak Ida, Mak ngah, Mak cu. Dipeluk dan rasa diterima dalam keluarga baru. Alhamdulillah~ Syukur sangat.

Famili B pergi makan. I dan B ambil gambar. Dalam bilik, atas pelamin. Berpossing. Aduhlah. Macam-macam. B memang tak suka senyum masa ambil gambar. Sampai Yana tanya, kenapa Uncle tak senyum. Tergelak I. Ada-ada je anak buah I yang nakal tu. Hihi.

Lepas ambil gambar segala. I terpaksa lepaskan B balik ke hotel. Salam-salam dengan family B. Salam B. Cium tangan B. Sayu pula rasanya. Tapi tak apa. Start hari sabtu, 13hb 12, he’s stuck with me forever. Haha.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.