Kecil Tetapi Lengkap.

Sekarang mendengar lagu Kau Yang Punya. πŸ™‚

Sepanjang 2 minggu lepas, hujan setiap petang. Rupanya atap sudah bocor. Jadi banjir lah ruang tamu bila masa hujan turun. Teringat rumah beratap zink dulu. Memang selalu bocor dan banjir. Kain lap, surat khabar dan besen untuk menadah air hujan yang laju turun dari siling. Kelakarnya.

B tersenyum tengok siling yang bocor dan muka saya yang berkerut-kerut. Hehe.

Sabtu lepas, setelah 3x komplen, datang orang dari Unit Penyelenggara membaiki atap bocor. Alhamdulillah. Selepas ini, setiap kali hujan, tak perlu siapkan kain lap dan besen lagi. Hihi. πŸ™‚

Di luar kelihatan mendung. Mungkin hujan akan turun sebentar lagi. Tak risau pasal bocor lagi. πŸ™‚ Hehe.

Seperkara lagi. Tadi mesin basuh yang dibeli Sabtu lepas juga, sudah sampai. Alhamdulillah πŸ™‚ Tak perlu hantar baju ke dobi lagi. OK. Lengkap sudah rumah kecil ini.

Selepas ini saya harap saya lebih rajin membasuh.~ πŸ˜€

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.