OK, Sekarang Jadi Sangat Annoying..

Ok. Saya dah mula rasa sangat annoying dengan pertanyaan, bilakah mahu dapat baby?

Lagi 2 hari, baru masuk bulan ke-tiga usia perkahwinan ini, saya sudah rasa rimas dengan pertanyaan bila nak dapat baby.

Bayangkan kak ngah saya yang sudah 9 tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak lagi~ Lagilah tensi dan stress dari saya, ye tak?

Tak adalah tensi dan stress sangat pun. Cuma annoying la. Sangat annoying. Geram pun ada juga ni.

Tapi saya suka saja jawab dengan rasa happy; Belum lagi. Rilex la. Nak honeymoon lama-lama dulu. Nak enjoy. Tahun depan boleh dapat anak ape..

Biar diorang pula rasa annoying dengan saya. Hurhur.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.