Puding Caremel yang Manis

Akhirnya berjaya juga membuat puding caramel yang sedap pada percubaan pertama kalinya. Tiba-tiba rasa bangga~ Ahaks!

Dah lama teringin nak buat puding caramel ni. Dari tahun lepas lagi. Tapi kali ini buat untuk percubaan, untuk makan sendiri saja. Mungkin lain kali boleh buat untuk mak dan mak mertua. Ihiks!

Masa buat puding caramel itu sangat bersungguh-sungguh. B kejab-kejab masuk dapur tengok proses pembuatan. Kemudian dia ke depan balik sebab tak tahu nak tolong apa. Hihi. Suami saya suka sangat membantu saya di dapur.

Ada satu kali B duduk tepi peti ais, minum air sambil tengok saya mengacau campuran bahan-bahan. Saya suruh dia ketepi.

“Nak tengok resepi” B gelak-gelak sambil usap rambut saya. Ya, saya tampal-tampal resepi di pintu peti ais. Hihi.

Lepas tu kukus dalam rice-cooker sebab tak ada periuk kukus. Lepas masak, tunggu sejuk sekejab sebelum simpan dalam peti ais.

Semalam, saya keluarkan dari peti ais. Saya rasa sedikit. Manisnya. Saya suruh B rasa. Dia pun cakap manis. Oh, terlebih susu. Huhu.

Semalam, tengok tv sambil makan puding caramel berdua. Rasa manis. Semanis puding caramel. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.