Lagi Soalan Annoying

Saya mungkin sedang emotional. Paras hormon estrogen tinggi minggu ini. Boleh saya ketahui dengan keadaan mood yang cepat marah, cepat tension dan stress, serta dua-tiga biji jerawat tumbuh di muka saya.

Haih.. Asyik emo je saya ni. Mesti orang bosan.

Tapi saya pun bosan juga bila sering ditanya, seronok tak kahwin? Seronok tak?

Apa punya soalan tu? Tang mana yang seronok? Romen? Bodohlah..!! Haa.. kan dah emo~

Kalau yang bujang bertanya, saya tidak kisah sangatla. Sebab diorang bujang lagi. Diorang belum experience alam perkahwinan. Mesti diorang eager nak tahu, best ke kahwin, kak?

Pada mereka ni, saya jawab dengan senyuman. Haa.. Best sebab dapat hidup dengan orang yang kita sayang. Dia jaga kita, kita jaga dia. Bina hidup berdua. Bersama-sama. Sambil malu-malu~ Ihiks!

Tetapi bila orang yang dah kahwin tanya saya, seronok tak kahwin? Saya rasa macam, erkk, what the …? Ko kan dah kahwin – Lagi lama dari aku. Ko boleh tahu seronok ke tak kahwin ni kan? Kenapa tanya lagi? Dari sudut apakah saya patut menjawab persoalan ini?

Kalau ditanya, bagaimana marriage life? Saya boleh saja jawab dengan mudah. Biasalah, proses nak sesuaikan diri dengan suami ambil masa. Kena banyak tolak ansur. Mesti ada selisih faham. Mana ada dalam dunia ni rumahtangga yang happy sepanjang masa?

Tapi. Semua tu, mesti diorang pun tahu kan? Diorang dah experience lama dari saya yang baru 3 bulan kahwin ni kan?

Haihhhh…. Ntah apa-apa~

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.