Membeli Groceries

Sebulan sekali pasti keluar bersama ke pasar besar untuk membeli barang-barang keperluan dapur, untuk memasak dan memenuhkan peti ais. (Saya memang suka penuhkan peti ais. Ihiks!)

Selalunya, saya akan listkan barang yang perlu dibeli. Tetapi selalunya, barang yang dibeli melebihi apa yang telah dilistkan. Hahaha. B geleng-geleng kepala, dan cakap, “Baik tak payah buat list~” Ihiks!

Saya ini entah ya, nak cakap macam mana. Macam tak kisah sangat dan ambil mudah dengan apa yang tertulis di label-label barang dalam tin yang saya beli. Kadang, saya pakai ambil saja, tak tengok tarikh luput pun. Teruk!

B pula seorang yang cermat, detail dan berhati-hati. Jadi setiap barang yang kami beli, dia akan belek dan baca label dengan tekunnya. Saya kadang tak sabar. Tapi bila saya tengok B sangat tekun membelek barang yang perlu kami beli, saya rasa dia sangat comel!!

Lepas bayar, B akan check resit satu demi satu barang yang kami beli untuk memastikan kami tidak tertipu oleh pasar besar yang iklan harga murah saja lebih~ Beli kat kip mart lagi murah tau..

Bila tengok dia berhati-hati begitu saya pun terikut-ikut. Kalau teringat dan rajin, mesti saya belek-belek dulu. Kalau tak, memang saya akan pakai ambil, sambil jeling sikit tarikh luput dan terus masuk bakul.

Kalau B ternampak perangai itu, terus dia sound, “Haa.. tengok tu. Bukan nak tengok dulu tarikh luput ke, ape ke..” Saya sengih-sengih sajalah. Tak rajin la sayang~ Hikhik.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.