amyz azlie

Faktor-faktor Kejatuhan Hati (Ewah!)

Memula sekali~ dia ada sense of humor yang baik. Suka buat saya tertawa. Dan lepas itu, dia sangat suka menyakat saya sampai rasa nak merajuk. Pada masa saya bukan aweknya, jadi saya tak merajuk. Saya hanya rasa nak cubit-cubit saja dia waktu itu. Tetapi lepas dah kompem bercinta dan dah kahwin ni, bila dia menyakat saya, saya akan buat muka sedih. Dan dia gelak-gelak. Saya tak merajuk. Sebab saya tau, dia memang suka menyakat. Hiiiee geram!!

Masa mula-mula berjumpa sekitar awal tahun 2008. Rambut B panjang mencecah bahu. Lurus. B nampak mature. Waktu ini, saya nampak dia sangat menjaga penampilan. Kemas. Pakai kasut bila nak bawa saya berjalan jauh-jauh. Pakai selipar pun kadang-kadang saja. Bila balik dari kerja, terus ke UTM untuk jumpa saya – dia nampak smart berkemeja, jeans dan kasut. B tak suka pakai slack atau seluar khakis. Dia rocker. Haha.

Tengok rambut panjang tu. Rock wuu.. (2008)

B tidak mementingkan brand dalam pakaian. Tetapi dia punya taste tersendiri dalam barang yang dia pakai seperti jam dan cermin mata. Frame cermin mata dari Levis sebab ada warna merah dan hitam. Cermin matanya bertukar gelap bila panas, buat dia nampak stylo. Jam yang dia pakai Swiss Army, juga sebab ada warna merah dan hitam. Dan keretanya berwarna hitam, dengan stering berwarna merah dan lapik kaki berwarna merah. Merah yang minima dalam hitam. Nampak class dan ada style. (Dan B punya koleksi t-shirt hitam dengan warna merah, buat saya hanya mampu geleng kepala~)

B teliti orangnya. Wallet, handphone, rokok dan lighter dikeluarkan dari kocek apabila hendak duduk atau memandu. B beritahu, dia tak suka bila duduk dengan barang-barang memenuhi kocek. Biasala. Pakai jeans kan sempit. Oh. Ketelitian ini saya lihat apabila B masukkan duit ke dalam wallet. Susun not dari not kecil ke not besar. Seringgit disusun di hadapan sekali manakala not lima puluh di belakang. Comel!!

(Saya memang pemerhati~ Ihiks)

Waktu mula-mula kenal juga, dia tidak pernah merokok di dalam kereta sewaktu saya berada di sebelahnya. Bila dah bercinta, saya beritahu dia yang saya tidak kisah dia merokok di sebelah saya. Pun begitu, dia tidak mahu asap rokoknya terkena pada saya sehingga sekarang. Dia sanggup alih tempat duduk, dari asap rokok terkena saya.

Cara dia menjaga saya. Memberi perhatian pada saya. Cara dia menyayangi saya. Semua itu faktor yang membuat saya selalu jatuh cinta pada dia.

Dia sweet. Dia selalu cakap baik-baik, tetapi agak vokal. Mana dia rasa tak kena, terus ditegur waktu itu juga.

Dan sekarang ini, bila pagi-pagi bangun dari tidur, perkara pertama yang dia selalu buat adalah memeluk, mencium pipi dan dahi saya, cukup buat saya rasa dihargai. Dan itu membuat saya tambah-tambah sayanggg kat dia! Ihiks!

Latest (30 Mac 2009)

Advertisements