Saya yang Demam

Hari itu, B demam. Panas badan sampai tak boleh bangun. Semalam, saya pula demam. Tapi ok lagi sebab boleh bangun. Boleh jalan. Siap pergi kelas lagi. Cuma bila tidur sajalah. Badan berpeluh-peluh macam dalam sauna. Ferr.. Kalau dua tiga hari macam gitu, boleh juga leburkan lemak dalam sekilo-dua. Haha.

Demam bermula di hari cuti bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Pagi-pagi bangun, tekak dah rasa tak best. Tetapi bangun pagi. Siapkan breakfast untuk B. Lepak-lepak. Tunggu tengahari nak lunch, baru keluar. Hehe.

Pergi tesco, beli barang dapur. Lepas tu, siap tengok fast & furious 4 lagi kat CS. Lama tak pergi CS~ Dalam cinema tu, badan dah rasa tak sedap. Kepala berat semacam. Balik rumah, makan panadol. Tak makan malam pun. Makan roti je.

Lepas makan panadol, baring dalam selimut. Berpeluh-peluh~ Ferr..

Bangun pagi khamis tu, rasa dah ok. Pergi la kelas kol 8 pagi. Dalam kelas, masa dengar kuliah, badan rasa dah tak sedap balik. Badan dah gigil-gigil. Tangan kebas-kebas. Ya Tuhan, risau sungguh waktu itu.

Lepas kelas, daftar subjek. Ya sangat sibuk. Plus hari peperiksaan pada 23hb April, ada dua paper bertindihan di waktu yang sama. Kena pergi komplen. Wah. Susah sungguh nak pujuk kakak admin tukar tarikh exam. Ferr~

Sudah tidak tahan dengan tangan yang sudah cramp dan kebas. Minta adik-adik hantar ke klinik. Sampai di klinik, doktor tengok, ambil suhu badan – 39dc. Tangan cramp dan kebas – kena inject. dan beri mc 2 hari. Huhu. Sengal punggung ni kena inject. Doktor kasi ubat demam, antibiotik dan ubat sakit tekak.

Balik rumah minum 100plus, berselubung atas katil. Mengadu domba pada B sekejab. Lepas tu tidur macam orang tak tidur 24jam. Lama. Tapi kejab-kejab bangun sebab berpeluh. Tak tahan panas. Bangkit kejab. Minum air. Tengok jam dah pukul 4. Makan ubat. Tidur balik. Panas badan saya waktu ini sudah kurang sedikit.

Bangun balik pukul 5. Siap update blog sekejab. Ngehehe.

Tak tau nak buat apa. Nak masak tomyam la. Barang-barang ada beli semalam. Jadi, dengan rajinnya saya pun mula memasak tom yam. B telefon, dia nak beli lauk di luar. Tetapi saya dah start masak. Tak apalah. Dah sihat sikit, boleh la masak. πŸ™‚

Hari ini dah kurang sikit demam. Cuma selsema sedikit. Kepala masih pening-pening. Selera makan tak ada lagi. Tekak pun pahit. Harap-harap esok dah oke. B nak bawa pergi PC Fair. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.