Rock

Dua minggu sebelum 9 Mei 2009.

Saya baca dari blog kawan tentang konsert search di JB pada 9hb Mei. B yang saya maklum sangat-sangat minat dengan Search, membesar pada zaman Search tengah rock Malaysia. Pengaruh Search yang kuat – kerana abang-abang pun minat Search juga.

Jadi saya pun bertanya pada B, mahu atau tidak ke konsert Search 9hb nanti? Dia diam. Tanda sedang berfikir. Saya biar B berfikir dulu.

Selang dua-tiga hari. Sewaktu mencuci kereta, B bertanya. Berapa harga tiket konsert tu?

Tanpa lengah, saya googlekan.

RM58 duduk.
RM38 berdiri.

Dia kata okeh. Tapi fikir-fikir pula nak duduk ke berdiri. Duduk jauh dari stage. Berdiri dekat dengan stage.

Malam itu juga beli tiket secara online. 3 tiket. Ajak kawan B yang pernah lepak dengan Man Kidal. Haha. Eleh. Tak dapat pun tiket free. Kan? Haha. Azab nak tempah tiket online tu, boleh gaduh-gaduh sebab internet slow nak mati. Haihhh..!

9hb Mei 2009.

Semangat rock. Dalam bilik air nyanyi lagu Search. Keluar bilik air nyanyi lagu Search. Happy nampak?

Even dalam kereta pun, dengar Search Live at Planet Hollywood. Pheeewiiit!! Adehh..

Lepas lunch, pergi Stadium MBJB ambil tiket. Dua-tiga gerai di luar jual-jual baju bercetak Search. Nasib baik tak terbeli. Haha.

Boleh lagi round sana sini. Beli DVD. Balik UTM kejab. Cuci kereta.

Ambil kawan di Sri Skudai. Dah 8 lebih ni. Duh!

Sekali jalan jammed. Tensi plus stress juga ni. TokR telefon beritahu parking penuh. Suruh parking di City Plaza. Peh. Jammed juga kepala otak.

Sharp 9 sampai di City Plaza. Ala kata konsert start pukul 9 pun, bukan terus start pukul 9. Kadang kol 9:30 baru start. Eleh. Nak sedapkan hati. Haha.

Beratur masuk. Peh. Ramainya umat. Ek eleh. Minah ni nak pergi disko ke konsert, berhigh-heel segala? Poyo tahap sembilan puluh perseratus.

Cis. Bateri kamera kena rampas. Nasib baik tak rampas handphone juga. Duh!

Masuk. Cari seat. Depan dah penuh. Kena naik atas-atas. Ok la tak ada la nampak Amy macam semut. Crowded gile depan pentas. Ni kalau berdiri dua jam ni, tak dapat nak memanjat tangga balik nanti ni.

B pula, masih selsema dan sakit tekak. I wonder juga if dia mahu melompat-lompat dan menyanyi masa Amy perform nanti. Tak boleh blah. Kata tengok konsert, mesti mahu berdiri dan menyanyi dan terlompat-lompat serta head-banging. Baru rock!

Kami berdiri. B peluk bahu saya, saya peluk pinggang dia. Kami sama-sama terloncat-loncat ikut Amy menyanyi sekali. Hahaha.

Enjoy konsert sampai habis. Tak dapat nak ambil gambar. Bateri kamera kena tinggal di kaunter luar. Kalau pakai handphone, mana cantik gambarnya.

We want more, selepas habis lagu Pawana. Amy sambung dua lagu extra. Peh! Cayalah!

Rasa tak puas pula. Balik bila dah sampai rumah, B pandang muka saya dan berkata.

Kita pergi tengok kat Bukit Jalil 1 Ogos nanti juga nak?

Haha. Rock sejati betul lah~

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.