amyz azlie

KL dan Tg Sedili

Selepas kahwin, sewaktu menetap di kampung suami sebelum majlis di sebelah lelaki, mak mertua ada berkata pada saya, mesti mak Amy kata, kasihan anak mak kena duduk kampung, jauh dari bandar.

Saya tersentuh.

Saya cuma jawab, duduk kampung la best mak. Tak ada bising-bising. Mak mertua saya tertawa. Kemudian dia menyambung, rumah ni kecik. Saya fahami kerisauan mak mertua saya. Dia mahu saya rasa selesa di rumah itu. Saya cuma kata, amy tak kisah mak. rumah kecik senang nak mengemas. Mak mertua saya senyum dan kami berbual tentang kisah lain pula, seperti kisah-kisah encik a2l1e~ Hikhik.

Itu cerita di awal bulan perkahwinan. Di waktu saya mahu menyesuaikan diri dengan keluarga baru saya. Saya akui, saya kekok, saya gemuruh, saya risau dan macam-macam lagi perasaan. Tetapi alhamdulillah, saya diterima seadanya, walaupun saya tak pandai memasak~

Dalam sebulan 2 minggu sekali, di hujung minggu, kami suami-isteri akan pulang ke Tg Sedili~ Menjenguk mak yang tinggal berdua dengan abah. Duduk satu malam, dan pulang ke Skudai pada ahad petang atau malam. Ikut keadaan. 🙂

Oleh sebab KL agak jauh, kami cuma balik sebulan sekali. Itupun tengok keadaan. 2 hari rasa tak cukup. Penat di highway pergi balik. Redha sajalah~ 🙂

Rumah di Cheras, rumah lot, tak banyak beza dengan rumah di Tg Sedili. Ada halaman, ada pokok bunga, ada tanam-tanaman macam serai, daun pandan, pucuk itu ini (saya lupa~), daun kunyit – tetapi tanam-tanaman di rumah KL terhad berbanding rumah di Tg. Di rumah Tg, ada pokok sawit lagi belakang rumah, abah tanam. 🙂

Di Tg ada kucing, di KL pun ada kucing. Hihi.

Jadi saya mudah menyesuaikan diri dengan rumah di Tg.

Bila di sana, mak mertua selalu concern apa yang saya makan, sebab banyak benda saya tidak makan. Selalunya bab sayur-sayuranlah. Kalau ikan pula, ada juga satu-dua jenis ikan yang saya tidak pernah makan. Lain-lain biasa. Kerana abah kurang gemarkan ayam, jadi selalunya lauk-lauk banyak makanan laut. Walaupun tidak pernah makan, saya cuba makan dan belajar.

Kalau saya beritahu mak saya, apa-apa yang saya makan di kampung suami, yang selama ini saya tidak pernah makan. Mak gelak dan jawab, ha belajar-belajarlah makan. Kalau di KL, mak tahu saya makan apa. Jadi saya tidak kisah sangat. Untung juga saya dapat suami yang tidak kisah tentang makanan. Apa yang keluarga saya makan, mak saya masak – encik a2l1e makan. Seronok saya tengok dia makan.

Suasana kampung di Tg Sedili tidak riuh. Jalan depan rumah lengang. Kenderaan tak banyak. Pokok-pokok sawit ada di mana-mana. Pantai hanya 10 minit dari rumah. Berbeza dengan rumah di KL, yang selalu riuh dengan kenderaan lalu-lalang di jalan tepi rumah. Hmm. Itulah, rumah dekat dengan jalanraya kan. Nak buat macam mana.

Walau banyak sama, banyak juga beza antara Kampung Cheras Baru dan Kampung Singapura.

Tetapi, dua-duanya istimewa. 🙂

Advertisements