amyz azlie

Kalau Bercerita Yang Bahagia Saja

Jika bercerita tentang perkara yang bahagia di sini, orang mencebik. Macam saya seorang saja yang berkahwin dan bahagia di dunia pula. Hehe.

Apa pun, saya tidak mahu bercerita banyak tentang suami atau rumahtangga saya selalu. Sebab banyaknya perlu dirahsiakan. Takut-takut jika satu tercerita, tergolong pula dalam perkara yang memburukkan suami. Haih. Berdosa tau.

Tak mahulah saya begitu.

Jadi banyak perkara saya suka simpan. Saya juga akui dalam rumahtangga kami, ada juga lidah yang tergigit. Tapi saya tidak mahu perkara itu berlanjutan. Kami berdua ambil jalan, buang yang keruh ambil yang jernih. Dari menyakitkan hati masing-masing, baik kami buang ego dan berbaik-baik. Tidak kisahlah siapa yang minta maaf dulu. Selepas itu kami lupakan segalanya dan mula bergurau tawa. Bagi saya itu lebih penting dari membiarkan luka parah. Baik dirawat cepat-cepat. 😉

Biasa. Adat rumah tangga.

Kalau ada apa-apa masalah pun, tidak boleh diadukan kepada orang luar. Melainkan perkara itu serius dan tidak boleh diselesaikan lagi. Baru boleh rujuk pada yang pakar. Kalau rujuk pada keluarga, saudara mara, kawan baik, mereka ini bias. Mereka akan memihak kepada kita. Jadi, jika perkara serius, perlu dibawa ke orang tengah. Orang yang tidak memihak kepada sesiapa.

Saya sentiasa berdoa untuk kebahagiaan rumahtangga kami. Saya harap begitulah selalu. 🙂 Kerana saya tahu, walau banyak mana saya marah pada B pun, at the end saya tetap mahu dia memeluk dan menenangkan saya. Kerana itu saja yang boleh melenyapkan segala marah, risau, sakit hati saya pada dia.

Dia kan suami saya. Dia syurga saya. 🙂

Advertisements