amyz azlie

Pakai Topeng

Saya masih rasa lucu waktu menulis entri ini. Ehe.

Saya ni bukannya lawa sangat. Dengan banyak jerawatnya, dengan muka berminyaknya. Jadi untuk bercantik-cantik, saya selalu buat facial di salun. Ataupun di rumah saya buat rutin facial saya biasa iaitu, cleans, scrub, tone, mask, cleans. 2 minggu sekali mesti buat.

Ada satu weekend di mana kami tidak ke mana-mana. B sedang rilex-rilex tengok TV sementara saya mengemas, mencuci dll. Sebab mood saya rajin waktu itu, saya pun buat self-facial. Mula-mula cuci muka, scrub, sapu toner, then pakai mask.

Selepas pakai mask, saya pun ke dapur, basuh pinggan, susun pinggan.

Mask sekurang-kurangnya perlu dipakai selama 15 minit. Untuk kulit macam saya ni, 30 minit. Hehe. Lama juga nak menunggu.

Bila B nampak muka saya bertampal mask, dia tergelak-gelak. Sabar je la.

B mula tanya soalan-soalan biasa. Kenapa kena pakai mask? Berapa lama kena pakai? Dan lain-lain lagi. Dia memang kuat bertanya. Kadang saya tak tahu nak jawab macam mana.

Lepas tu dia mula lah menyakat dan buat lawak. Tapi sebab muka saya bertampal mask, saya tidak dapat gelak. Kalau saya gelak, habis mask saya bertaburan.

Lagi dia suka. Katanya muka saya stone sangat. Haha. Lagi dia menyakat dan buat lawak. Seboleh-boleh nak buat saya gelak.

Adeh..!

Sampai saya cakap, “Nak basuh la mask ni.” Ala-ala nak merajuk. (Hihi) B hanya gelak-gelak. Dia peluk saya dan cakap, suka tengok muka saya yang stone tak boleh gelak sebab ada mask ni. Kelakar katanya.

Hii.. geram tau! Sabar je la. Haha.

Advertisements