Salah Cakap

Saya ni, err.. ada masalah dengan percakapan sebenarnya. Kadang-kadang, saya tak tahu macam mana nak memulakan ayat, sukar nak bercakap, kena fikir dulu sebelum bercakap, tergagap-gagap bila bercakap. Unless saya bercerita tentang saya, saya jadi lancar sedikit. Itupun ada tersasul la. Salah sebut la.

Huhu. Kasihan suami saya dapat isteri kurang sempurna.

Sebab-sebab ini, kadang berlakunya komunikasi tidak berkesan. Haha.

Miss communication~

Sebab kadang apa yang saya cakap, atau saya yang salah cakap, lain maksud penyampaiannya pada pemahaman B. Kadang B hangin, tak pun saya hangin. Masing-masing cannot understand each other. Selalunya, B hangin sebab tak faham, dan saya jadi hangin juga sebab tak tahu macam mana nak buat suami saya faham.

Ohoo.. Itu masalah besar sayalah. Saya rasa. Huhu. 😦

Entahlah. Saya cubalah bercakap dengan betul dan ikut grammar, tak berbelit-belit dan mudah difahami oleh B.

Huhu~

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.