Acar Buah Buatan Mak

Hujung minggu yang baru lepas ini, kami suami isteri pulang ke gagang. Tg Sedili. Rumah abah dan mak B.

Dapat berita mak demam. Jumaat selepas makan malam, terus berkemas dan balik Tg. Sampai Tg sudah tengah malam. Pun begitu, wajah mak masih segar dan nampak ceria dengan kepulangan kami. Seronok hati saya tengok. πŸ™‚

Alhamdulillah. Mak sudah sihat. Mak cakap, “Ala.. Sikit je.” Itulah ibu, mana mahu susahkan hati anak-anak? 😦 *Rindu kat mak*

Sabtu. Waktu masak makanan tengahari, saya saja bertanya pada mak tentang acar buah buatan tangan mak yang sangat sedap tu. Acar buah dah habis. Tapi mak willing nak buat. Bahan-bahan ada, cuma tak terbuat saja lagi. Seronoknya!

Jadi hujung minggu itu, saya dapatlah belajar membuat acar buah dari mak. Sedap acar buah mak ni. Manis, masin, masam, pedas – bercampur. Saya bukan penggemar acar buah dari dulu. Sejak sekali rasa acar buah buatan mak, terus masuk dalam senarai favorite food saya.

Saya tolong kupaskan bawang, potongkan jeruk, asam dan buah, kisarkan cili. Kalau nak buat seorang memang leceh, tapi nak masaknya senang saja. Kata mak. Harap-harap selepas ini bolehlah saya buat acar buah sendiri. Ihiks!

Makan tengahari agak lewat, gara-gara nak siapkan acar buah. Tak kisahlah. Acar buah yang sedap punya pasal. Lewat makan pun tak apa. Makan nasi sampai bertambah-tambah. Sedapp~ Nyum. Nyum.

Senang hati saya dapat mak mertua yang baik hati. πŸ™‚ Happy sangat saya.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.