Lelahnya

Semester ini memang penat bagi saya. Bukan sekadar 18 jam kredit yang perlu saya pikul sepanjang 5 bulan ini, tetapi, psm II yang saya rasa sangat mencabar untuk saya siapkan.

Subjek yang lain, insya Allah. Saya boleh buat. Cuma PSM II inilah yang saya sangat risaukan. Rasa nak menangis pun ada juga. Dalam hati saya berharap-harap agar cepatlah seksa ini berakhir. Agar cepatlah semester ini berakhir~

Penyelia minggu lepas, kondem lagi sistem saya yang suku siap itu. Aduh. Patah semangat saya. Expectation dia mungkin tinggi pada saya buatkan sistem biasa-biasa itu dipandang sebelah mata. Sedihnya. Sesak dada saya menahan kecewa.

Sabar sajalah. Mudah-mudahan saya dapat melakukannya… Amin.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.