amyz azlie, tulis

Masa Depan

Selalu juga, bincang-bincang dengan suami, tentang masa depan yang kami mahukan. Tentang kerja. Tentang rumah. Tentang anak.

Sebenarnya sedang risau juga tentang kerja di mana nanti. Selepas graduate kelak. Surat pertukaran sudahpun dihantar ke J*A untuk diuruskan. Bila atau mana, dapatnya kelak. Masih belum pasti. Harap-harap J*A dapat menempatkan aku mana-mana jabatan gomen sebelum akhir tahun ini. Kalau tidak, terpaksalah bercinta jarak jauh. Huhu. (T_T) *Eh, comel kan icon ni? haha*

Tak sabar nak kerja balik sebenarnya. Cuti belajar 2 tahun ni pun memang rasa nikmat. Alhamdulillah. Namun, sebab gaji tak berapa ada. Sedikit sebanyak, apa yang aku nak beli, nak nikmati – agak tersekat sikit. Sedikit sajalah. Tak banyak. Sabar. Tengok saja dalam diam-diam. Nak beli, kena tahan. Haha. Terutama barang-barang mahal yang aku senang-senang boleh beli masa kerja dulu. Ye. Allah beri nikmat cuti, tarik sedikit nikmat bergaji. Adilkan? 🙂

Tentang rumah pula. Malas nak fikir lagi. Kalau boleh nak rumah teres. Tak kisahlah ada tingkat ke tak ada. Janji rumah teres. Aku tak suka environment rumah tinggi-tinggi. Cukuplah setahun tinggal di rumah flat kolej per_dana ni. Rumah tak ada masalah. Oke saja untuk aku. Tapi aku tak berkenan keadaan sekeliling. Entahlah. Aku ni sensitif sangat kot. Anak-anak orang pun aku rasa nak marah-marah bila diorang main lif. Mak bapak diorang tak marah, aku sibuk nak marah. Payah kan?

Nama anak? Hiks. Ada juga nama-nama berlegar-legar dalam kepala ni. Tapi, selagi benih belum berbunga. Diam-diam dulu sajalah. Kalau boleh, (Insya Allah) kami mahu dapat anak tahun depan. (Doa-doakanlah~) Nak anak berapa pun ada juga dibincang-bincang. Tak tahu la. Kalau ikut akal aku ni, aku mahu 2 orang saja. Seorang lelaki, seorang perempuan. Tapi nanti dah tua esok, sunyi bila anak-anak dah kahwin, dah duduk tempat lain. Haih. Belum ada anak lagi dah nak risau pasal anak nak kahwin. Haha. Sewel!

Banyak perkara yang aku fikir. Tentang kami. Tentang masa depan. Walaupun kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Apa pun, kita usaha dulu untuk mencapainya. Insya Allah. 🙂

Advertisements

2 thoughts on “Masa Depan”

  1. ah. bila dah kawin, lain pulak yg dipikir kan.. hehe. yg pasti, no such thing as otak akan berenti berehat walaupun seminit.. haihh..

    Like

Comments are closed.