Masalah Kewangan

Tajuk macam apa saja. Macam ada masalah kewangan yang kronik. Tak adalah. Tak serius~ Hihi.

Sebenarnya, bukan masalah kewangan aku pun. Masalah orang-orang di pejabat bendahari yang buat aku rasa nak hangin satu badan semalam.

Dari semester lepas lagi aku dah hantar surat J*PA yang meluluskan pinjaman boleh ubah aku pada pejabat bendahari universiti di sini. Orang-orang di pejabat bendahari rupanya belum menghantar claim ke J*PA untuk melunaskan yuran pelajaran. Hampeh. Dah dua semester dah. Puan J kata, surat JPA tu tak ada dalam simpanan, sebab tu claim belum dapat dibuat. Iih, geram betul! Dah dua semester, dok terbiar macam tu. Status yuran pelajaran dalam sistem AIMSWEB tu berhutang sajalah. Dahlah yuran mahal sekarang ni. Aduhlah. Kalau aku tak telefon, tak adanya inisiatif nak telefon tanya ke apa ke. Sengal!

Kena la juga hantar salinan surat kelulusan pinjaman boleh ubah J*PA pada pejabat bendahari tu semula. Fotocopy salinan asal. Salinan untuk pejabat bendahari tu, diorang dah hilangkan. Sengal!

Dah la nak ke pejabat bendahari di atas bukit satu hal. Sampai sana saja, orang yang berkenaan tak ada pula. Kalau hilang lagi surat tu, malas aku nak pergi hantar lagi. Lantaklah. Sampai bebilalah tak claim. Tapi nanti yang susah aku juga~ Nak graduate tak boleh, sebab ada hutang. Adoi~

Hmmpphh.. Ada-ada sajalah masalah biokrasi ni. Pelajar memang selalu kena tendang sana-sini untuk selesaikan sesuatu perkara. Ini ada satu hal belum selesai. Pindah kredit subjek kokurikulum ni. Dah hantar borang kelulusan dari Pusat Kokurikulum pada fakulti, tak berupdate lagi status dalam AIMSWEB. Nak kena marah admin fakulti ni. Geramnya~ Jangan sampai aku kena pergi Pusat Kokurikulum for another kelulusan pindah kredit. Nak minta pindah kredit dari Pusat Kokurikulum tu pun berazab rasanya. Tahun lepas dah minta, borang aku boleh hilang? Awal tahun hari tu buat balik, masa cuti semester, baru dapat kelulusan pindah kredit tu. Satu kredit nak pindahkan pun payah. Azab ya amat.

Next week nak pergi marah fakulti pulak~!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.