Tanpa Tajuk Yang Nampak Emo

Just got back from my hometown, this noon. Dapat jumpa mak, ayah, adik-adik, kakak-kakak, anak buah, dapat manjakan Comel dan anak Comel dah besar dan gebu. Not forgotten, dapat jumpa Darwina. Ihik.

Oh, my. KL sangat panas~ Ferrrrr..

Bila balik KL, hanya ada satu hari untuk catch up everything. Masa ini, aku suka peruntukkan untuk keluarga. Hanya keluarga. Mana dapat lagi masa nak jumpa, berbual dan bergurau. Borak dengan mak, ayah, adik-adik dan layan Yana. Makin bising mulut dia. Cakap tak berhenti. Umi Yana, insya Allah bersalin bulan 12 nanti. Hai.. Bertambah-tambah anak buah aku. Excited! Dan, giliran aku, insya Allah. Tunggu sajalah~ πŸ™‚

Menjenguk Kak Long yang masih dalam pantang di Semenyih. Anak buah baru, Hafiz yang lahir 12hb Julai lepas. Rambut lebat dan tegak-tegak. Suara kuat bila menangis. Hariz pula dah pandai jalan dan sedang belajar bercakap. Comel dan banyak keletah. Bila tanya, siapa budak hensem, dia angkat tangan tinggi-tinggi sambil cakap, “Aye..” dengan suara yang serak basah tu. Atiya sudah besar, bijak, but still mahu perhatian lebih. Sayu bila dia cakap, “Mama datang kejab saja.” Nak ikut aku balik pula tu. Sedih rasa nak tinggalkan rumah Kak Long. Sedih nak tinggalkan Atiya. Dari kecil, Atiya yang aku jaga, manja – dan sekarang, aku dah tak dapat buat itu untuk dia. *sigh*

Kidnap Darwina. Cadangnya nak minum-minum & borak-borak. Sebab KL terlalu panas, kami (Darwina & Me) membawa encik Azlie tanpa beliau sedar ke Genting. Sampai atas, sejuk amat la pula~ Having cup of coffee and curi-curi makan muffin cik Darwina sambil borak. Layan sejuk. Dah lama sangat tak naik Genting. Sangat lama. Rasa best naik Genting macam dulu, dah tak ada. Melainkan rasa sejuk, mengantuk tetapi just nice kerana ditemani oleh suami dan kawan baik. Nice combination~ πŸ™‚

There is lot of things I’ve missed. Ayah dah tukar tv baru. Pasang air cond di ruang tamu. Dapur sedang renovate. Nak buat sambung dapur dan sinki. Macam-macam~ Tak apalah. Biarlah ayah dan mak enjoy rasa senang. Dah lama rasa susah~

Peluk ayah dan mak erat tadi sebelum bertolak balik ke JB. Harap dapat hilang rindu, sayu yang bersarang-sarang dalam hati ini. Rupanya, bila dah sampai JB, rasa lagi sayu. Rasa tambah rindu~

Tak apa. Esok-esok, ok la balik. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Tanpa Tajuk Yang Nampak Emo”

  1. darwina kata;

    jangan la sedih-sedih. jb dengan kl tak jauh mana pun. mana tau tiba-tiba kita sampai kat jb pulak ke?? haaaa.. kan kan kan? πŸ™‚

    Like

Comments are closed.