Kenangan Lalu

Dulu-dulu, kalau tak tahu nak update apa. Aku mesti update dengan lirik lagu. Haha. Keji je. Ok. Since aku tak ada idea nak update sangat. Aku tak mahu update entri ini dengan lirik lagu lagi. Insaf. Itu kerja waktu muda-muda dulu. Sekarang sudah dewasa. Sila berfikir secara dewasa.

Bila baca entri Cida dengan imbasan kenangan lalu. Buat aku teringat semua kenangan tentang aku, sebagai seorang blogger. Ewah~ Sebab dari blog la, aku dapat kawan-kawan yang baik. Macam Nett, Cida, Effa, Darwina, Daun, Nida. Etc. Etc.

Lepas tu, ramai pula yang letak gambar-gambar lama di Facebook. Lagilah rasa rindu pada waktu gila-gila remaja tu. Sengal-sengal kawan-kawan itulah penawar hati aku dulu. Waktu hati sedang hancur. Kawan-kawan blog inilah yang mengubat, memberi semangat. πŸ™‚

Gambar-gambar pula masa tu aku kurus gila. Macam kad manila, kata Effa. Aku ingat masa tu berat aku tak sampai 45kg pun. Sekarang? Hehe. 55kg weh. Nasib baik tinggi sikit, tak adalah nampak bulat sangat. Ok juga la kan. Tak adalah rata saja. Sekarang sudah ada curve. Phewittt!! Berbaloi-baloi. Kata Amy Search.

Kenangan lalu yang manis memang indah. Yang pahit jua indah di akhirnya. Kerana kita tahu, yang pahit itu terjadi kerana hari ini bahagia itu menjadi milik kita. Tidak kisahlah hati yang hancur di masa lalu. Kerana hari ini, hati sudah terubat. Tidak kisahlah masa lalu yang gagal. Kerana hari ini, sudah berjaya dalam hidup, dengan cara sendiri~

Sekian, entri hari ini diakhiri dengan jujukan gambar-gambar lama, termasuklah gambar pertama kali Amyz berjumpa Encik Azlie, di tahun 2005. Masa tu mana lah tahu boleh jadi isteri dia~ :-p Hikhik.

CM. 2002
CM. 2002
CM. 2002
CM. 2002
Gath GJ 2002
Gath GJ 2002
DangaBay 2005
DangaBay 2005
Johor 2005
Johor 2005
Alamanda 2007
Alamanda 2007
Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Kenangan Lalu”

    1. ala. dulu selalu je buat entri sama-sama. kalo keluar tu, masing2 pakat buat entri pasal keluar. :-p
      kira nak mengembalikan trend masa dulu~ haha.

      Like

Comments are closed.