Macam-Macam

Di Astro ada channel 110. Yasmin Ahmad dalam Kenangan. Channel ni tayangkan Sepet dan Gubra ulang-ulang sampai gua pun dah hafal semua dialog. Selain Sepet dan Gubra, channel ni juga tayangkan TMO Talentime, TMO Sepet, TMO Gubra, Gala Yasmin Ahmad. Semua tentang Yasmin di channel ini. Walaupun sebenarnya banyak karya Yasmin, tetapi hanya sedikit saja ditunjukkan dalam channel ini.

Anyway, bukan tentang channel 110 itu yang mahu aku cerita. Tetapi dalam satu scene Gubra yang pagi tadi aku tonton menyentuh sudut hati aku. Scene di mana Emak dan Ayah Jason di hospital.

Emak Jason : Kita kahwin dah 30 tahun. Kita gaduh dah 20 tahun. Sampai bila kita mahu macam ni?
Emak Jason pegang tangan Ayah Jason. Tapi ayah Jason mengelak. Emak Jason menangis teresak-esak. Ayah Jason dengan perlahan pegang tangan Emak Jason.

Babak ini terkesan pada aku, sebab bila kita dah kahwin. Sedikit cakap, sedikit sentuhan pun sebenarnya penuh makna. Makna sentuhan dalam babak Mak dan Ayah Jason tu, menunjukkan walau macam mana Ayah Jason tunjukkan kemarahan pada isterinya, dia masih sayangkan Emak Jason. Hai.. Kahwin dah 30 tahun, siapalah tidak sayang, ye tak?

Dah kahwin ini, barulah aku faham macam-macam rasa. Kadang bila suami marah, aku rasa sangat sedih. Kalau aku marah pun, aku yakin dia pun sedih. Tetapi dia tak tunjuk pun. Kadang kita nak cakap maaf tu susah, sentuhan sajalah boleh menerangkan how sorry we are. Action speak lauder than word kan?

Selain dari scene Gubra tu, aku juga tersentuh hati membaca dan melihat gambar perkahwinan Ustaz Akil dan Waheeda. Gambar senyum lebar seorang Waheeda sedikit sebanyak melukakan hati seorang perempuan lain. Aku tak dapat nak imagine bagaimana kecewanya hati seorang isteri atau bekas isteri itu. Sedangkan nampak suami kita cakap dengan perempuan lain pun dah rasa green, inikan pula lihat perempuan lain dalam baju pengantin dan pengantin lelakinya ialah bekas suami kita, suami yang pernah kita sayang. Ayah kepada anak-anak kita. Ya Allah. Memang sebenarnya, wanita ini lebih kuat di dalam – jika teguh imannya – berbanding lelaki, sebenarnya. Kecewanya bekas isteri itu, Allah saja yang tahu. Sedihkan tengok perkara-perkara ini terjadi. Bukan pada orang biasa-biasa, which is aku tak berapa kisah sangat, tetapi seorang ustaz dan penyanyi lagu-lagu dakwah (kononnya). Macam mana orang nak respect kita, bangsa Melayu yang Islam ni?

Cuma aku doa-doa semoga Allah masih beri keampunan pada kita yang banyak berdosa ini. 😦

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

6 thoughts on “Macam-Macam”

Comments are closed.