emosi, tulis

Ramadhan Datang Lagi

Rata-rata orang tulis dalam blog dan status facebook. Esok puasa. Semua orang tahu esok puasa. Tak payah la tulis entri atau update status pasal esok puasa. Haha. Baru nak start puasa, dah keji-keji orang. Tak apa. Raya nanti minta maaf. Huahua.

Anyway, aku tak adalah tak excited puasa esok. Of course, aku excited. Pula tu, puasa tahun ini sudah berdua. Ewah. Dalam fikiran aku ni, mula-mula risau tak sempat masak untuk bersahur saja. Aku bukan makan sangat waktu sahur. Minum susu dan makan roti pun dah oke. Since suami aku pun simple, tak kisah tak sahur pun. Aku pun rasa lega sikit. Sibuk je nak risau tak tentu hala. Sengal!

Selalu bila datang Ramadhan, aku rasa sayu. Ramadhan adalah bulan penuh rahmat dan nikmat. Insaf banyak bila berpuasa ni. Lagi satu, rasa sayu kerana jauh dari mak dan ayah. Tahun lepas, hari pertama puasa, bila buka puasa, ampun sayunya rasa – teringat mak dan ayah. Air mata pun mengalir. Susah orang emotional macam aku ni, hal sikit pun nak sedih.

Sebelum jadi isteri orang ni, masa muda-muda dulu, memang selalunya aku prefer berbuka puasa di rumah. Jarang nak buka puasa di luar. Bukan apa. Bila bulan puasa ni, manusia kat Malaysia ni gila sikit. Pukul 6, semua dah heboh nak cari tempat makan. Semua restoran dah penuh. Ah, kecoh sangat. Bukan setakat orang yang puasa saja, yang tak puasa pun time orang nak buka puasa, time tu juga la dia nak sibuk-sibuk makan. Kalau buka puasa kat luar, memang tak pernah rasa puas. Dah la harga mahal. Lepas tu dah order dari pukul 7. Makanan sampai pukul 8. Baik lagi buka puasa di rumah. Puas hati. Makanan banyak. Air banyak. Tak payah bayar pun lepas makan. Dapat buka puasa on time lagi. Dapat dengar azan. Kat restoran, bukan semua pasang radio nak tahu azan ke tak. Kena la tengok-tengok jam, agak-agak bila dah buka puasa. Tengok orang lain makan, baru berani nak buka puasa. Haha. Bodoh je rasa~

Tak kisahlah berbuka puasa kat mana pun, janji puasa tu penuh keikhlasan dan betul-betul puasa. Tak ada gunanya puasa tapi mata tengok lurah-lurah dada amoi, atau buat ketupat dalam surau, atau kutuk-kutuk orang.

Sengalnya Amyz ni, belum puasa lagi dah cerita pasal buka puasa. Duh!

Apapun, semoga Ramadhan dapat memberi keberkatan kepada semua umat Islam yang berpuasa. Moga-moga tercapailah hasrat aku nak buat tadarus. Sedikit-sedikit pun jadilah.

Puasa pertama tahun lepas di rumah bakal mertua. Puasa pertama tahun ini, di rumah mak mertua juga. Hehehe.

Advertisements