amyz story

Cik Abang Tambah Sayang

Untuk membuat cik abang kita tambah sayang, maka kita perlu memasak untuk beliau. Ingat, petua untuk suami selalu sayang ialah menjaga perutnya. Tapi aku tambah, jaga perut dan jaga bawah perut tu juga yach~ Haha. Sorry, over pulak. Hii..

Aku ni pula selalunya blur bila time masak. Oleh kerana Nett seorang yang terel memasak dan rajin memasak, maka dengan dia sajalah aku meminta resepi-resepi yang best dan tak pernah aku cuba sebelum ini.

Nett memberi resepi murtabak meggi. Mudah dan senang.

Mula-mula rebus meggi. Bila dah lembut, angkat dan toskan. Kemudian bawang dipotong dadu. Cili dihiris halus. Telur dimasukkan dalam satu bekas. Kacau. Masukkan perisa meggi sedikit. Campur bawang dan cili tadi. Kacau. Masukkan megi yang sudah direbus tadi ke dalam campuran. Kacau sehingga rata. Lepas itu goreng. Mudah kan?

Kalau mahu sedap, masukkan daging kisar. Daging kisar perlu direbus dahulu agar lembut sebelum dimasukkan dalam campuran meggi, telur, bawang dan cili tadi.

Kata cik Nett, cik abang tambah sayang kalau aku masak murtabak meggi ni. Aku ingat nak cubalah. Bawang merah ada, cili ada, telur pun baru beli semalam. Daging kisar pun ada sedikit dalam freezer. Lebih buat spegheti hari tu. Hmm.. Dah boleh buat murtabak meggi petang ni. Terbayang-bayang rasanya bagaimana. Kalau goreng garing-garing mesti rasa sedap. Rasa kecur pula air liur ni.

Tapi, bila aku check almari dapur, Meggi dah habis pula~ Tak teringat nak beli meggi semalam. Duh! Stok ayam meggi adalah. Sungguh hampeh!

Terpaksa postpone. Harap-harap sayang cik abang tak kurang. Huhu. (T_T)

ps: entri ini ditaja oleh Nett sebab beliau mahu dipuji-puji di dalam blog aku. ampeh~
Advertisements

6 thoughts on “Cik Abang Tambah Sayang”

  1. maceh la puji2 i. blushing i jadiknya. hahha

    tapi gatai la nak buat mertabak megi tapi takde megi.
    mau kena blasah

    Like

    1. hahaha. tapi i mintak resepi kat nett.
      ok ok nanti i mintak resepi kat u. bleh i puji2 u dlm blog i oke.. hakhak

      Like

Comments are closed.