tulis

Lagu Lama

Tiba-tiba mood aku mahu dengar lagu-lagu lama. Zaman awal 90-an. Masa budak-budak baru masuk sekolah. Lagu-lagu Fauziah Latiff, Jamal Abdillah, Francisca Peter, Broerey, Dayangku Intan, Khatijah Ibrahim (Semua nama penuh weh~ Haha). Banyak lagi. Lagu mendayu-dayu. Semalam, asyik muat turun satu demi satu, sampai 4shared cakap dah cukup limit. Ceh. Potong!

Gila suka dengan Fauziah Latiff dulu-dulu. Rambut kerinting dia tu. Dengan kecil-comelnya. Suara sedap dia lagi. Kawan aku siap tampal poster Gee ni kat almari dulu. Haha. Ok la. Dari kakak aku, tampal poster 4u2c. Kah kah kah.

Bila dengar-dengar lagu Jamal Abdillah. Sedapnya suara dia. Suka sangat lagu Keluhan Perantau (ditujukan kepada Nett dengan ucapan, bila nak balik Mesia? Haha). Hai la Jamal Abdillah, kalau bukan kerana dadah tu, kaya raya kau sekarang~ Isk isk.

Suara Fauziah Latiff, Khatijah Ibrahim, Dayangku Intan – semua unik-unik. Mana ada suara emas macam diorang tu sekarang? Uji Rashid boleh la sikit-sikit. Sebab mendayu sangat suara dia. Boleh tertidur-tidur kalau layan. Aku memang suka lagi dengar lagu-lagu lama dari layan lagu-lagu budak-budak sekarang. Tak reti nak minat lagu-lagu sekarang. Atau akukah semakin tua? Lepas tu layan sinarfm~ Huhu. Ye. Ye. Sedarlah diri sikit. Huhuhu. 😦

Advertisements

6 thoughts on “Lagu Lama”

  1. yep. bila i bukak sinar FM dan bidadari ada dalam keta.
    i terasa mcm dorang mengata dalam hati

    “Hai la orang tua ni. Layan sinar pulak. Apa punya lagu la.”

    hahahah…terus cepat2 i tukar hotFM. sebagai tunjuk i ni masih muda. hahha

    Like

    1. hahahaha. keji je, muda konon.. haha. :-p

      kalo i bukak sinarfm kat keter, adik2 satu course ckp, eii.. kak amy layan lagu lama~ hahaha.
      ye la. i sedar diri i.. huhu.

      Like

Comments are closed.