tulis, umum

Anti Virus

Encik a2lie belikan anti virus Kaspersky Anti Virus (KAS) 2010 Sabtu hari tu, sebab current KAS 2009 expired pada hari ini. Beli 3 user untuk RM88. Guna satu lesen, lagi 2 boleh jual sama adik-adik. Haha. Semalam gigih install dan segala. Bagusnya KAS 2010 dari KAS 2009 ialah masa update yang singkat. Kalau KAS 2009, mak oii nak tunggu update dekat setengah hari.

kas2010
(Peh, Kaspersky guna Jacky Chan as sales gimmick tu~ haha)

Oke. Jika kamu install KAS 2010. Selepas ia berfungsi melindungi komputer kamu, kamu akan ada masalah untuk login ke YM kesayangan kamu. Ye, aku tahu kamu kalau tak dapat login YM, mesti kamu bergolek-golek kebosanan. Haha (Kata dulang paku serpih).

Tadi, baru dapat jalan penyelesaian. Hehe. Bangga gak ni. Kalau nak login, kamu pause kan dulu KAS 2010 protection. Login ke YM. Bila dah login, baru start balik protection KAS 2010. Haha. Walaupun demikian, aku sedang cari jalan untuk login ke YM, tanpa perlu pause kan KAS 2010~ Payah pula nak pause kan protection, login YM, lepas tu kena start balik protection. Duh!

Lain topik pula, petang semalam sewaktu kelas, adik satu course beri aku ini. Nixoderm. Untuk mengubat jerawat, jeragat dan macam-macam lagi~ Macam iklan pula.

nixoderm

Nixoderm ni dah lama dah ada di pasaran sebenarnya. Dulu, masa aku kecik-kecik dulu, cousin aku ada pakai. Aku pun ada pakai kejab. Tapi tak berapa berkesan. Aku malas nak pakai lagi. Then, semalam lepas sampai rumah. Cuci muka bersih-bersih. Try pakai Nixo ni sepanjang masa memasak untuk berbuka. Lepas maghrib, pakai lagi sekali. Pagi tadi bangun, terkejut juga tengok jerawat-jerawat mengecut. Selama hari ini, macam-macam pakai nak kasi jerawat kecut. Tak berkesan pun. Bila pakai Nixo, semalam saja dah kecut. Huhu. Bolehlah beraya dengan kulit yang licin dan mulus. Harhar.

Kadang-kadang kita tak tahu produk yang murah berkesan pada kita. Sibuk mencari produk yang mahal-mahal, tapi hasilnya tak seberapa. Huhu. Moralnya, jangan memandang pada harga produk. Aku pun dah serik nak beli produk mahal-mahal ni. Malas~

Ok. Lain topik lagi : Segala komen-komen akan terus di publish tanpa perlu approve. Rasa macam malas nak approve-approve. Lagi pun bukan orang lain baca pun. Hikhik.

Advertisements

5 thoughts on “Anti Virus”

  1. ai baca tapi kadang dah type komen, tgk2 terlupa letak email pastu komen b4 tu ilang begitu saja. terus majuk tak komen lagi. haha

    Like

  2. cik kosong : KIS sampai 2013 eh? Kagumnya.. Camne u buat? :-O

    cida : hahahaha. ok ok. ai dah buat auto approve. supaya komen2 anda terus masuk tanpa tunggu2.. hikhik. ngade la nak majuk2. :-p

    Like

Comments are closed.