Bila Rambut Tidak Selurus Rambut Rebonding

2 minggu sebelum puasa, aku potong rambut. Rambut lebat yang berombak-ombak ini kalau panjang, ia buat kepala rasa berat, susah untuk dikeringkan – biarpun ditiup hairdryer dan semacam hantu bila bangun pagi. Sebenarnya, ada hati mahu bela rambut sehingga pinggang, tapi sebab rimas. Maka terkorbanlah rambut yang panjang itu, tinggal separas bahu saja.

*Apalah pasal rambut pun mahu cerita*

Ok. Sebenarnya, walaupun ramai orang prefer rambut lurus panjang dan lembut macam iklan rejoice la. Sunsilk la what so ever. Aku rasa best dengan rambut berombak-ombak ni. Bila rambut sudah pendek separas bahu ini, ia lurus dan wavy di bahagian bawah seolah-olah pergi buat curly di salun pula. Rasa best dan berkeyakinan tinggi.

Ya. Perlu terapi diri sendiri kerana walaupun rambut tidak lurus seperti membuat rawatan stim, tetapi still look good dan mendapat pujian dari biras dan adik-adik satu course.

Dan jangan percaya mana-mana syampu yang tertulis boleh luruskan rambut kamu. Itu semua dongengan semata-mata. Duh!!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.