family, raya, tulis

Kasut, Raya dan Anak Buah

boot
Ini boot murah beli di the curve. Lepas je action bergambar, tapaknya tertanggal. Huhu

Weekend hari tu, dalam fikiran mahu beli kasut. Kasut raya kononnya. Tapi encik A2lie cakap, kasut aku ada banyak. Satu kotak printer tu penuh kasut aku. Jadi fikiran sudah berbelah bagi. Nak beli atau tidak kasut baru untuk raya. Bukan apa. Kasut-kasut yang ada tu, tumitnya tinggi 2 inci. Sekarang ni, sudah tidak ada mood nak pakai kasut tumit 2 inci. Rasa penat. Nak beli sandal ringkas yang tingginya seinci saja. Tengok nanti macam mana. Then taste aku dah tak kena dengan design-design di Vincci. Mungkin sebab dah tua kot? Huhu. 😦

Persiapan raya? Tak siap apa sangat la. Nak buat kuih raya pun, oven tak ada. Baju raya dah ada. Bukan sebab tempah awal-awal. Tapi ada sepasang baju baru belum dipakai lagi. Boleh la buat baju raya nanti. Belikan mak dan mak mertua pasu bunga di Ayer Hitam minggu lalu, sebagai perhiasan rumah untuk hari raya. Ingat nak beli kuih raya untuk mak juga. Tak kan la nak balik raya kosong saja. Tak sedap pula tak kasi apa-apa. Fikir nak belikan baju raya untuk mak, tapi huuu. Bajetnya kurang~ Tak apa. Tahun depan, bila gaji dah full, aku belikan mak ayah, mak abah baju raya pula~ 😉

Raya nanti, cuti seminggu sekali dengan cuti pertengahan semester. Oleh sebab aku cuti seminggu, encik A2lie pun cuti seminggu juga. Yeay. Boleh raya sakan. Bingung encik A2lie nak tukar duit raya hari tu. Anak buah sudah bertambah. Lama fikir nak bagi berapa kat anak buah. Kasihan encik A2lie~ Sayang encik A2lie. Hihi.

Hariz yang sedang hisap puting ( 1y4m) dan Hafiz yang tembam (2m)
Hariz yang sedang hisap puting ( 1y4m) dan Hafiz yang tembam (2m)

Hariz dan Hafiz, anak Kak Long. Dua-dua ni kira aku susah nak jumpa. Kalau Atiya dan Yana dulu, aku siap babysit untuk diorang masa kecil-kecil dulu. Sampai sekarang Atiya dan Yana sangat manja dengan aku. But, untuk budak berdua ni, aku jauh untuk memanjakan mereka. Hariz dah pandai jalan, baru nak pandai cakap. Hafiz makin tembam. Fully breastfeed. Dengar cerita tentang perkembangan diorang dari mak, ayah, kak long, kak teh dan adik – dari jauh sajalah. Last week, aku belikan masing-masing ni 3 pasang baju. Itu sajalah dapat bagi.

Nanti anak buah aku yang akan menyusul ialah anak Abang. Dah scan. Perempuan. Adik si Yana lah ni. Hilanglah sikit manja Yana tu nanti. Insya Allah, lahir pada bulan 12.

Anak buah encik A2lie yang baru adalah anak kakak. Lahir bulan 5 yang lepas. Lelaki juga. Lagi seorang akan menyusul kemudian dalam bulan 11 nanti. Anak Abang Ngah encik A2lie. Tak pasti lagi lelaki atau perempuan. Bila anak Ngah dah lahir, jumlah anak buah encik A2lie 8 orang. Anak buah aku pula, 5 orang.

Advertisements