Raya Dah Dekat, tetapi Mood Raya Tak Ada~

Ini semua gara-gara PSM. Hadoi la. Entah kenapa sangat stress dengan PSM, aku pun tak faham. Selama ni kerja pun buat sistem juga. Tak ada pun stress macam ni. Lain kot. Sebab dulu handle sistem, apa-apa error ke masalah ke, semua serah bulat-bulat kat vendor. Macam mana nak pandai programming? Harhar.

Balik Tg Sedili hujung minggu yang baru berlalu semalam ni. Belajar masak ikan kerapu tiga rasa dengan nasi ayam. Tak pandai masak. Kena la belajar. Bukan macam Nett dan Cida. Mereka pandai memasak. Untungla sesiapa yang jadi suami mereka kelak. Haha. Siap promote pula kat sini. Boleh minta bayaran iklan ni. Keji sungguh.

Hmm~ Apa lah aku dah siapkan untuk raya ni eh? Serius. Tak ada mood. Sangat. Kecuali rasa tak sabar nak balik rumah KL, nak jumpa mak ayah, famili, anak buah yang nakal tu. That’s all. Baju dah ada, kasut lama elok lagi, tudung dah ada, purse pun dah baru. Hikhik. Baju-baju anak buah dah siap belikan dah. Pasu bunga untuk mak pun dah ada.

Encik A2lie dah siapkan duit raya untuk anak-anak saudara yang baru dan yang lama. Balik Tg hari tu pun, siap ambil songkok sekali. Semangat juga encik A2lie nak beraya. Ahaks! Aku tadi siap top-up touch n go. Nanti nak balik, tak ada la kecoh-kecoh nak masuk lorong tambah nilai yang kadang-kadang queue nya lagi panjang dari lorong tiket. Duh!

Harap-harap jalan raya di hari Jumaat nanti tidak begitu sesak dengan kereta. Harap-harap la~ 🙂

Raya nanti, aku rasa nak makan rempeyek buatan tangan makcik Esah dekat rumah yang sedap sangat tu. Rasa macam dah kecur-kecur air liur dengan rempeyek dia. Hrmm.. Lazat~

Advertisements