tulis

Conference & Facebook

Hari Isnin lepas, telah diajak oleh Nett untuk ber-ym conference. Dah lama tak ym conference. Tapi tak ramai. 4 orang saja. Nett, Cida, Kak Mulan & aku. Lawaknya la conference tu. Tergolek-golek gelak. Kalau 4 orang aku ok lagi la. Tak ramai dan sesak. Kalau ramai sangat, tak boleh nak berborak pulak. Asyik orang tu saja nak bercakap nanti. Harhar.

As usual dalam conference antara kami-kami ni tak akan ada topik khas. Topik akan bertukar-tukar secara tiba-tiba. Dari mengutuk Nett boleh bertukar kepada memuji Nett pula. Haha.

Anyway, conference hari itu berjaya menghiburkan hatiku yang lara ini (Dramanya la~) Haha. Tak adalah. Paling-paling lawak yang sampai sekarang aku nak tergelak bila Cida nak ingat nick name encik A2lie. (Dulu-dulu, encik A2lie dalam conference dikenali sebagai Tajul. Entah macam mana dapat Tajul pun, aku tak tahu la~) Haha. Cida ingat nick name encik A2lie as Megat. Haha. Aku tak boleh blah la nama Megat ni. So zaman 50-an. Hahaha. Cida, aku bukan nak kutuk ko tak ingat nama Tajul. Tapi aku kelakar sangat dengan nama Megat tu. Adeh. Sakit perut aku gelak.

Tapi tak lama. Sebab lepas tu dah nak kena pergi kelas. (-_-“) Lain kali kita conference lagi ramai-ramai. Seronok weh~

Ngeee.. Pasal facebook ni kan. Masa aku blog-hop dari satu blog ke satu blog, aku terjumpa satu blog ni. Blogger ni siap paksa suami dia buat facebook semata-mata status married tu nak ada “married to suami dia”. Haha. Aku rasa kelakar pun iye juga ni. Tapi bila ada orang add suami dia, dia cemburu pula. Haha.

Encik A2lie tak buat facebook. Aku tak mahu paksa sebenarnya, walaupun aku pernah invite dia buat facebook. Dia cakap dia malas. So, let it be~ Karang bila dia add mana-mana perempuan nanti, aku juga yang cemburu. Buat apa la nak sakitkan hati sendiri? Cemburu aku ni dah la lain macam sikit. Hadoi la~ Haha. Encik A2lie siap buat facebook aku macam facebook dia sendiri. Ada 2 orang kawan dia add dalam facebook aku lagi. Adeh~ Lepas tu boleh pula main game Poker la, Street Racing la.. Haih~

Setakat buat facebook semata-mata status married tu ada nama sebelahnya, haih.. Tak payahlah~ Tak ada maknanya. Haha.

Ish ish ish. Aku ni. Tak baik kutuk-kutuk orang. Dah la sebab aku kutuk status orang, orang dah delete aku dari friend list dia. Hahaha. Adeh. Adeh.

Advertisements

2 thoughts on “Conference & Facebook”

Comments are closed.