amyz story, student-life

Men-sibukkan Diri

Tadi dalam kelas, punyalah mengantuk, sampai lecture sedar mata aku terkedip-kedip. Malu gila~

Banyak benda kena buat sepanjang minggu ini sehingga peperiksaan tiba, dan aku tidak sepatutnya sibuk berblog, ber-facebook atau ber-chatting.

Minggu ini draf laporan akhir perlu disemak dan dihantar kepada Jawatankuasa PSMII. Tapi laporan masih belum siap. Penyelia aku nak tengok dalam minggu ini juga. Isk isk isk.

Minggu depan, pembetulan laporan. Minggu lagi satu, pembentangan. Huar.. Takut sangat~ 😦

Mungkin start minggu depan, aku tak dapat online, atau apa-apa lagi kerana perlu/wajib menyibukkan diri menyiapkan semua ni, tak kiralah PSMII ke, assignment ke, presentation ke, demonstration ke~ Semua kena siap. Sebelum tibanya peperiksaan akhir yang bermula pada, 26 oktober sampai 16 november. Lepas tu, aku free. Yeahaa!!

Insya Allah.

Tapi paling penting, borang untuk penganugerahan ijazah kena hantar dalam minggu ni juga. Kalau tak, tak graduate la gue. Adeh~

Topik lain. Aku rindu nak ambil-ambil gambar macam dulu. Bila tengok-tengok gambar yang pernah aku ambil, walaupun dengan kamera murah, tapi boleh tahan la. Haha. Puji diri sendiri pula. Tak adalah. Aku rasa nak sangat ambil gambar dekat kawasan rumah mak mertua aku, pantai dekat Tg Sedili, mana-mana tempat aku pergi. Rasa sayang tak ambil gambar walaupun aku akan ke sana berulang-ulang kali.

Haih. Tak apa. Nanti dah start kerja balik, aku nak beli satu kamera. Kecil pun tak apalah. Janji ambil gambar siang dan malamnya oke. 🙂

Advertisements