amyz story, student-life

Projek Sarjana Muda II

Semester akhir ini, aku bangunkan dengan bersungguh-sungguh projek sarjana muda II (psmII) ni. Agak bangga juga dengan diri sendiri sebab dapat siapkan sistem ni sorang-sorang. Rasa macam simple pula sistem ni. Haih. Entahlah. Aku dah malas nak betulkan lagi. Dah pukul 2am dah ni.

Aku present pukul 11am hari ini. 14 Okt 2009. Fuh! Fuh! Sangat menakutkan. Kejab-kejab rasa perut memulas-mulas. Tu la, bela lagi rama-rama dalam perut. Kan dah perut memulas-mulas. Adoi la.

Aku tak tahu macam mana dengan penilaian esok. Aku harap mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Nya. Insya Allah.

Dan bila berakhirnya PSMII ni, bukan boleh rilex lagi. Ada mini projek belum siap. Assignment nak kena hantar. Ada final exam 2 minggu lagi weh~ Lepas final exam baru boleh cakap “kita enjoyy!!”..

Dah. Aku sepatutnya tidur dan simpan tenaga untuk present pagi nanti. Boleh pulak update blog. Duh!

Advertisements

4 thoughts on “Projek Sarjana Muda II”

Comments are closed.