Dah Nak Habis Belajar. Yeay!

Final exam yang terakhir saya akan duduki minggu depan. 26hb Okt. Tamat pada 10hb Nov. Bermakna, selesai saja final exam tersebut, tamatlah pembelajaran saya. Saya dah boleh masuk kerja balik.

Things to do, kami kena cari rumah sewa luar UTM, cepat-cepat. Sebab dah habis belajar, mana boleh duduk dalam UTM lagi. Rumah sewa adalah perlu. Nak beli rumah juga. Insya Allah, tahun depan saya beli rumah.

Then, saya kena tanya pihak JPA status permohonan pertukaran tempat kerja saya ke Johor.

Kemudian saya kena maklumkan pada JPA juga, di Unit Latihan dalam Perkhidmatan, saya sudah tamat belajar dan perlu masuk kerja semula.

Saya tak tahu lagi ke mana JPA akan tukarkan saya nanti. Sebab saya pilih antara 3 tempat di Johor, iaitu JB, Pasir Gudang & Nusajaya – yang mana ada kekosongan. Harap-harap tak terlalu jauh dari rumah sewa kelak.

B ada cakap, kalau tak dapat tukar macam mana? Dapat tu memang dapat, cuma cepat atau lambat sajalah. Kalau dapat tukar dalam masa terdekat ni, Alhamdulillah. Kalau tak, terpaksalah saya masuk kerja semula di tempat kerja lama. Dan terpaksalah kami ber-PJJ – Perkahwinan Jarak Jauh. Huhuhu. Sedihnya~~.. 😦

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.