amyz story, family, student-life, tulis

Peperiksaan Akhir yang Terakhir.

Alhamdulillah. Tadi tamat sudah kertas terakhir untuk peperiksaan akhir yang terakhir. Banyaknya akhir. Haha. Syukur pada Tuhan. Syukur sangat-sangat.

Memandangkan exam telahpun berakhir, dan tempoh pembelajaran sudahpun tamat, maka tanpa berlengah lagi, haruslah aku kembali ke alam pekerjaan semula. Dapat gaji penuh, dan boleh bershopping sakan seperti dulu. Yeay!! Ceh, keji sangat perkataan shopping tu. Hakhak.

Minggu ini akan busy buat binding thesis. Sebab kena hantar pada hari Jumaat ini juga. Belum dapat enjoy dengan gembira ye kawan-kawan.

Mungkin terpaksa berjauhan dari encik a2lie kerana pertukaran masih dapat proses. Status terkini yang aku dapat, pertukaran aku masih dalam senarai menunggu kerana tak ada calon pengganti. Aku akan masuk kembali ke Mac*di kesayangan dan bekerja sehingga pertukaran dapat dibuat. Huhuhu. Sedihnya. Sedihnya. Pilunya.

Tak apalah. Yang kemudian kita kemudiankan. Yang penting sekarang, mahu siapkan semua thesis ni. Nak print, binding, whatever, yada.. yada.. semua. Kemudian bila dah setel semua tu, baru dapat balik KL jumpa keluarga dengan hati yang girang dan gembira. Yeay!!

Advertisements

1 thought on “Peperiksaan Akhir yang Terakhir.”

  1. wish i could write longer tapi ni je yang temampu buat masa ni – tak sabar nak jumpa akak once u’re back in kl. hehehe

    Like

Comments are closed.