Ya, Amyz Memang Mengada-ngada.

Hujung minggu lepas, sebab tak tau nak buat apa kat rumah. Malas masak pula tu. Kami pergi keluar makan. Lepas makan tu, ajak B jalan-jalan kat Danga Bay. Sekarang Danga Bay sudah maju. Ada theme park yang ala-kadar. Haha. Ala-kadar sebab mainan kat situ semua macam saiz kecil-kecilan. Ok la. Dari tak ada langsung kan? Kalau ada anak-anak boleh la bawa berhibur di situ. Hihi.

Sebabkan hari itu, encik B macam mahu tunaikan segala kemahuan isterinya yang mentel ini, maka saya pun dengan mengada-ngadanya, ajak B tidur di hotel. Kebetulan malam itu, UT*M sudah keluar notis bekalan elektrik terputus sepanjang malam. Dengan menggunakan alasan, nanti bergulap gulita dan tak dapat berkipas, maka, encik B pun menempah bilik hotel Grand Paragon – hotel baru di JB. Amyz pun rasa riang dan melompat-lompat (dalam hati saja la..). Haha. Mentel gila.

Lepas booking, boleh balik rumah sekejab. Ambil barang keperluan, baju, dan alat-alat make up. Haha. Sabar saja le.

Tengah malam baru dapat check in hotel. Dapat Superior Room. Cantik juga Grand Paragon ni. Ye la. Hotel baru, cantik lagi la. Harga untuk satu malam, biasa – standard hotel 4 bintang. Tapi tak ada channel HBO. Movie kat Vision Four hampeh!

Bangun untuk breakfast. Breakfast banyak choices. But then, including this hotel, most hotel serving nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan bubur for breakfast. Macam tak ada choice. Saya makan makanan-makanan yang tidak selalu saya makan, dan makan sampai kenyang. Ngehehe.

Lepas breakfast, masuk bilik dan bergolek-golek sampai pukul 12 lebih baru bangun untuk check out pula. Betul-betul rehat secara hebatnya. Encik B? Dia ada bawa laptop kerana mahu main football manager. Saya rilex, dia main game. Adoi~

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.