amyz story, family, tulis

Balik KL Sekejab

Selepas tamat peperiksaan 10hb lepas. Aku rasa sangat excited nak balik KL. Tak ku pedulikan perkara-perkara yang perlu aku buat sebelum aku balik KL. Aku tahu kena siapkan tesis, binding tesis dan submit. Aku buat semua itu dengan ingatan dan khayalan aku sudah berada di KL. Hanya diri aku saja di Skudai. Tapi ingatan dan minda aku dah pergi jauh ke KL.

Aku minta encik a2lie ambil cuti dua hari. Untuk aku dapat berlama-lama di KL.

Aku nak sangat makan masakan mak. Dan paling-paling aku teringin makan, ikan sardin goreng berlada. Ini bukan ikan sardin dalam tin tu, ikan sardin fresh. Goreng garing-garing. Lepas tu masuk dalam sambal. Bagi aku dah cukup marvelous dah tu. Dan aku sangat-sangat nak makan kentang masak kicap masakan mak. Dua lauk yang simple tu aku dah terbayang-bayang lama sangat. Sebelum tamat peperiksaan lagi.

Dah 2 bulan tak jumpa keluarga. Aku rindu sangat kat anak-anak buah aku. Atiya, yang tiap kali aku telefon suka bertanya bila mahu balik. Yana yang makin petah bercakap, dan bercakap tak berhenti-henti. Hariz yang dah pandai jalan dan bercakap. Hafiz dah pandai gelak. Rindu sangat-sangat.

Rindu dengan mak, ayah, adik-beradik – termasuk kucing-kucing aku yang nakal tu. Hadoi. Rindu sangat. Ya aku memang emosi dan famili adalah segala-galanya untuk aku.

Jadi pada hari Sabtu 14hb tu, aku seawal pagi dah berkemas-kemas segala barang untuk dibawa ke KL. Bila kami bertolak balik, aku sangat-sangat berharap agar cepatlah sampai.

Sampai KL pukul 9 malam. Aku peluk mak dan ayah yang wajah mereka sangat gembira dengan kepulanganku. Aku sangat-sangat rindukan mereka. Apa lagi yang dapat membuat kita rasa bahagia kan? 🙂

Ayah suka dapat bercerita tentang perkembangan Hariz, Hafiz, sementelah waktu ini mereka di bawah jagaan Mak dan Ayah setiap hari. Itulah ibu dan ayah – yang suka berusaha demi membahagia dan menyenangkan anak-anak. Huhu.

Hariz pandai cakap dah. Walau pelat-pelat sikit. Tiba-tiba dia sangat rapat dengan encik A2lie. Pak Lang dia. Suka betul memanggil-manggil Pak Lang. Encik A2lie gelak-gelak tetapi layan apa Hariz nak. Aku tengok rasa bahagia.

Hafiz pula dan pandai gelak. Aku agah-agah, kuat gelaknya. Hati terus jatuh sayang. Sayang sangat-sangat.

Atiya dan Yana sudah masuk tadika. Nakal itu biasa. Tetapi sudah boleh disuruh. Suruh ambil itu, diambil. Pandai dan boleh diharap. Bangga tengok anak-anak buah makin membesar dan cerdik.

Dari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa – menghabiskan masa bersama mak, ayah, anak-anak buah. Sangat-sangat priceless!

Advertisements