amyz story, emosi, suck, tulis

Ada Sebulan Lebih Cuti

Mak oii. Hari ini baru masuk 3 hari duduk di rumah tak pergi mana-mana, sebab bateri kereta yang kong – buat aku sangat-sangat bosan tahap dewataraya. Tak keluar rumah langsung. Imagin la betapa bosannya. Nasib baik ada internet dan Astro 24/7. Bolehlah kurangkan sedikit kebosanan.

Tapi hari ini, dah bosan habis. Memang rasa nak keluar kejab lagi juga ni. Tak kira lah. Jalan kaki pun jalan kaki lah. Buntu, beku duduk di rumah seorang diri macam ni. Hadoii~

Ada lebih sebulan lagi cuti. 30hb Dis baru lapor diri kat JP*A, 31hb Dis masuk kerja kat Macg*di. Ada sebulan lebih lagi. Cuti. Kalau duduk rumah sepanjang-panjang cuti ni, alamatnya menambah berat badan je la aku ni. Macam mana nak hadapi sebulan lebih cuti ni kalau duduk di rumah saja? Hadoi bosannya la~~~

Kalau kat rumah ni ada orang teman, aku tak kisah lah nak duduk sepanjang hari. Tapi seorang diri. Buat apa? Bosan sangat oke. Baik aku keluar pergi jalan-jalan ke (tapi jangan sampai menghabiskan duit..). Duh!

Mungkin next week boleh la keluar dari rumah bila encik A2lie pergi kerja. Sebab esok baru nak caj bateri kereta tu. Bolehla minggu depan aku keluar-keluar. Pergi jusco pun oke~ Hadoi la..

Advertisements

2 thoughts on “Ada Sebulan Lebih Cuti”

  1. becutilah puas2. nanti kalo dah keje, sebok nak cuti panjang plak.
    ngada tau.
    hahhaha

    ikhlas dari,
    orang yg takleh cuti panjang. haha!

    Like

Comments are closed.