Cuti Raya di Tg Sedili

Bila dah kahwin ni, masa raya kami amalkan raya bergilir-gilir. Since, saya seorang menantu yang paling jauh, maka mak ayah dan mak abah mertua saya memahami jika saya mahu balik mana-mana waktu raya.

Aidilfitri yang lepas, kami berdua beraya di KL. Oleh itu, pada raya Aidiladha ni pula, kami beraya di Tg Sedili. Walaupun jauh, saya tidak mahulah asyik beraya di KL saja. Kesian pada suami saya. Dia pun nak raya di kampungnya juga. Bergilir dan bertolak ansurlah. Bukannya rugi pun. πŸ™‚

Jadi Aidiladha yang baru lepas ni, kami beraya di Tg Sedili. Oleh sebab pada hari Khamis, encik A2lie masih bekerja, maka kami bertolak balik ke Tg Sedili pada waktu malam. Dalam pukul 10:30pm, kami bertolak dari Skudai. Suami saya sudah menerima panggilan dari abangnya yang mengatakan jalan ke Kota Tinggi sudah sesak. Encik A2lie sedia maklum kesesakan berlaku tiap-tiap tahun pada cuti raya. Dia pernah balik raya pukul 3 pagi. Waktu tu seorang, tak apalah. :-p

Betul. Jalan ke Kota Tinggi, dari sebelum Tiram sudah sesak. Jalan dah la 1 lane. Tak payah susah-susah redah. Singgah di rumah Abang sekejab. Baring-baring. Pukul 2:15 pagi baru bertolak balik. Rupanya, sesak juga. Tapi tak sepanjang tadi la. Sesak sampai simpang Kulai. Lepas tu jalan clear sampai la Tg Sedili. Pukul 3 lebih juga sampai kampung. Setia mak menunggu. Alahai.

Oleh sebab tidur lambat, bangun pun lambat. Hiii.. :-p tak malu! Bangun-bangun, mak dah siap masak soto. Tak masak banyak sangat, sebab yang balik beraya hanya kami berdua. Adik beradik lain raya di rumah mertua masing-masing dulu. Oleh sebab dekat, petang tu juga semua adik-beradik encik A2lie dah berkumpul. Meriah rumah dengan lapan orang cucu nenek dan atok. Hihi. Meriah juga dengan segala jenis masakan yang mereka bawa balik. Nasib baik tak masak banyak. Hehe. Bukan saya yang masak pun.. Adoi la.

3 hari 3 malam di Tg Sedili. Meriah. Meriah. Masak ikan bakar la. Sup tulang la. Saya tak dapat nak menolong sangat. Tolong juga la. Basuh pinggan. Kemas meja makan. Yang biasa-biasa. Hihi. πŸ˜€

Hari Ahad balik Skudai. Jalan sesak juga. Ikut Kulai – Senai – Skudai. Itu pun makan 2 jam juga. Humph. Penat. Nasib baik mak siapkan bekal lauk. Balik rumah, tak payah nak masak makan malam lagi. Hihi.. Manjanya menantu seorang ni.. Hamboii la..

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.