Dunia Baru

Oke. Blog ini telah bertukar menjadi blog cerita tentang kami. Amyz & Azlie. Template pun baru. Tapi jangan percaya dengan template baru ni. Mungkin akan bertukar dari masa ke semasa. Hehe. Kemudian, semua entri di A2ever di blogspot, telah saya pindahkan di sini. Dan blog a2ever telahpun saya delete. Malas pula nak maintain dua blog satu masa. Sebab kebanyakan cerita di dua-dua blog pun tentang kami. Tak tentang kami pun, tentang saya la. Sebab sebagai penulis tetap, entri tentang penulis adalah priority. Hehe.

Dan sesuai dengan tajuk entri ini, kami berdua akan memasuki dunia baru, iaitu dunia ibu-bapa. Hii.. πŸ™‚ At last, dapat juga nak bercerita tentang hal ini. Kandungan saya sudah masuk minggu ke 13. Minggu pertama bagi bulan yang ke 3. Alhamdulillah. Nanti saya cerita lagi tentang ini di lain entri. Cuma mahu berkongsi berita gembira ini dengan kawan-kawan yang saya sayang. πŸ™‚

Sebenarnya, saya risau kalau saya ini dilihat seorang yang terlalu excited tentang hal ini. Jadi saya bersabar dulu. Berahsia dulu. Selesaikan Projek Sarjana Muda, Peperiksaan Akhir dan beberapa perkara lain. Saya juga menunggu masa yang sesuai. Kira waktu ini sesuai la kot. Hehe. Tambahan pula blog ini telah pun menyimpan semua entri tentang kami, dari bercinta sehingga berkahwin, jadi sesuailah saya meletakkan entri-entri masa hadapan kami pula. Begitulah adanya.

Walaupun demikian, saya cuba jadikan entri-entri saya tidaklah terlalu excited, atau tidak sesuai dipaparkan, di sini. Saya tapis-tapis jugalah. Saya cuba jadikan blog ini, blog biasa-biasa. Seperti saya yang biasa. Insya Allah.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Dunia Baru”

Comments are closed.