amyz azlie, tulis

1st Anniversary

Sudah setahun kami bersama. Alhamdulillah. Tidak terucap rasa syukur dalam hati betapa bahagianya hati saya saat ini. Mungkin inilah rahmat dari Nya atas dugaan yang lepas. Alhamdulillah.

Tiada sambutan makan malam romantik atau bunga dan coklat. Tapi saya rasa cukuplah dengan kasih sayang yang dia curahkan pada saya selama ini. 🙂

Cuma, semalam, hari Ahad, kami keluar mencari rumah sekitar Pasir Gudang. Dapat sebuah rumah.  Jauh juga dari bandar. Tapi punya persekitaran yang ok. Tapi nanti tak tau la kan? Hehe. Akan selesaikan deposit dan kontrak pada Rabu nanti. Selepas itu, kami akan berpindah dari UTM ini ke rumah sewa yang baru pula. Sewa pun tidaklah mahal sangat. Kira ok-ok untuk kami. 🙂

curi ambil gambar sebab boring
Curi ambil gambar sebab boring tunggu tuan rumah yang belum sampai.

Dan harapnya dapat selesai memindah semua barang sebelum cuti Krismas. Barang pun tak banyak. Harta yang paling besar adalah mesin basuh dan TV. Nanti belilah barang-barang rumah sedikit demi sedikit. 🙂 Tak apa itu semua. Janji ada rumah untuk berlindung dari panas hujan.

Kami akan balik KL pada cuti Krismas nanti. Ada kenduri Aqiqah anak Kak Long dan anak Abang sekali. Hafiz & Ahna. Selepas tu, sob sob.. saya akan tinggal di KL. Sob sob. B balik Johor. Huk huk. Berpisahlah kami untuk sementara waktu. Saya harap saya boleh survive~ Huk huk.

Advertisements