amyz azlie, amyz story, diary mama

Entri Tertangguh

Pada hari 7hb Oktober itu, pagi-pagi aku bangun untuk membuat urine-test menggunakan self-check kit test. Oktober itu,  teman baik sudah lewat 2 hari dari biasa, memandangkan pada bulan September, teman baik aku datang seperti biasa. Aku tidak risau. Cuma aku gemuruh. Betul ke tidak.

Ada dua garis pada self-test kit. Tetapi garis pengesahan sama ada aku hamil atau tidak, terlalu halus. Jadi aku ragu-ragu. Isnin itu B bawa aku berjumpa doktor SF. Doktor SF membuat scan untuk menyesahkan kehamilan ini. Tetapi gagal. Lalu aku disuruh datang 2 minggu lagi, sekiranya bleeding discharge tidak berlaku. Sekiranya bleeding terjadi, ia bukan keguguran, cuma, ianya satu persenyawaan antara sperma dan ovum yang tidak menjadi. Doktor SF menyatakan persenyawaan ada berlaku cuma belum melekat di dinding rahim.

Masa itu masa sedang dalam huru-hara. Dengan tugasan, laporan PSMII, sistem PSMII dan persembahan setiap subjek yang kena buat. Tension juga. Nasib baik, simptom-simptom seperti muntah-muntah apa semua tu tak kena lagi. Masih rilex-rilex lagi. Masak pun masih boleh lagi. Boleh makan dengan senang hati.

Selepas selesai pembentangan, tugasan semua tu, peperiksaan akhir pun bermula. Nasib baik juga jarak antara satu paper dengan paper yang lain agak jauh. Jadi tak adalah stress sangat nak study. Boleh study perlahan-lahan sambil enjoy. Ceh!

26hb Oktober, aku pergi klinik Doktor SF lagi, tanpa ditemani B. Apabila selesai paper pertama. Scan lagi sekali. Pun tak nampak apa sangat, sebab aku buang air sebelum tu. Doktor cakap, susah nak nampak kalau dah buang air. Pundi kencing kosong, jadi rahim tersorok. Adoi la. Doktor SF buat urine-test sekali lagi. Masa tu, clear betul dua garis di test kit. Doktor SF ucap tahniah, dan bagi supplemen untuk kuatkan janin. Alhamdulillah.

test

Aku, balik dari klinik, excited juga ni. Terus telefon mak dan ayah. Haha. Dasyat. Panjang lebar ayah suruh aku makan itu ini. Mak aku dah speechless. Rupanya dia menangis terharu. Hadoi la.. Haha. Tak lama lepas tu, kak Long aku pun telefon, tanya itu ini. Then semua adik-beradik aku sms ucap tahniah. Hehe.

Petang sedikit, aku ke bilik adik-adik di K9. Break the news. Kecuali pada Ain yang dah tahu awal. Isy, kita ni perlukan seorang kawan yang rapat yang perlu tahu sedikit sebanyak tentang kita. Hikhik. Adik-adik punya suka, terlompat-lompat seronok. Peluk cium aku segala. Comel la adik-adik ni. Lepas tu terus bincang nak suruh baby aku panggil diorang auntie apa. Aku gelak-gelak saja.

Then selepas hari itu bermulalah hidup aku sebagai ibu mengandung. Doa aku, moga aku kuat dan tabah dalam mengandungkan baby kami ni.

Bersambung nanti.. Hihi. 🙂

Advertisements