Cepatnya Masa Berlalu

Minggu ini, minggu terakhir aku di UTM, di rumah sewa dalam UTM dan juga minggu terakhir aku bersama suami tersayang. Oh, syahdunya.

Aku ingat aku boleh tabah nak balik KL ni, bekerja semula dan tinggalkan suami aku seorang kat sini sementara pertukaran aku dapat dibuat. Tapi tadi aku boleh teresak-esak menangis mengenangkan hari-hari aku tanpa dia, walaupun seluruh famili ku ada di KL nanti.

Aku harap, aku tidak menangis sangat-sangat nanti. Selain menangis itu merawankan hati suami aku, merisaukan fikiran dia, menangis selalu tak elok untuk anak kami ni. Nanti dia asyik sedih pula~ Kesian dia. Uhuks.

Aku harap, aku tabah. Insya Allah.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Cepatnya Masa Berlalu”

Comments are closed.