amyz story, diary mama, emosi

Haih..

Bukan senang rupanya menghadapi masa-masa kehamilan ni rupanya. Emosi aku turun-naik dengan sangat cepatnya. Kadang aku boleh rasa happy, lepas tu rasa nak nangis sangat-sangat. Tension sangat..

Bau jiran sebelah masak yang buat aku nak muntah pun buat aku rasa nak menangis. Dah la selera makan tak ada. Nak makan apa pun tak tau. Masak sendiri tak dapat sebab tak boleh nak menumis. Dan tiap kali bau tumisan tu buat aku ter-uwek-uwek dengan hebatnya. Ya Allah, sabarkanlah seorang aku ini.

Tak termasuk sedih bila dah makan, lepas tu termuntah semula yang dah dimakan tu. Apalah khasiat yang aku dapat bagi kat baby pun aku tak tahu. Sedih sangat. 😦

Doktor cakap, alahan-alahan ini berakhir bila masuk bulan ke 4 nanti. Aku baru 3 bulan. Mudah-mudahan aku  dapat bertahan.

Advertisements

2 thoughts on “Haih..”

Comments are closed.